14.2.13

Suspek rogol, bunuh dipaksa minta maaf


Photo: Suspek Rogol, Bunuh Dipaksa Minta Maaf
Pihak polis Thailand semalam telah membawa seorang suspek kes bunuh dan rogol ke majlis pengebumian mangsa kes tersebut 
di sebuah kuil di Bangkok dan memaksa suspek supaya memohon maaf kepada mangsa dan juga keluarga mangsa.
baca lebih lanjut di http://rx.hu/88DX
N-

Pihak polis Thailand semalam telah membawa seorang suspek kes bunuh dan rogol ke majlis pengebumian mangsa kes tersebut di sebuah kuil di Bangkok dan memaksa suspek supaya memohon maaf kepada mangsa dan juga keluarga mangsa.
Suspek juga telah dibawa ke tempat kejadian dimana kes tersebut berlaku.
Majlis pengebumian mangsa dijalankan di Wat Bungthonglang.

Suspek, Suthee Boonphrom, 23, seorang pemandu ‘teksi motorsikal’, telah merogol dan membunuh mangsa pada 4 Februari lalu di Soi Phokaeo 3, Bang Kapi, tidak jauh dari kediaman Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra. Suspek berjaya ditahan pada Sabtu lalu di wilayah Phetchabun.
Sementara itu, Perdana Menteri Thailand berkata pada media bahawa beliau meminta supaya pihak polis dan juga jabatan tenaga bekerjasama dalam menyediakan lampu-jalan di kawasan-kawasan yang dipercayai berisiko.
Beliau juga mengarahkan supaya ketua polis di daerah tersebut supaya mengawal keselamatan di kawasan-kawasan berisiko.
Pada Isnin lalu, pihak keluarga mangsa telah membawa keranda mangsa di hadapan kawasan kediaman Perdana Menteri, meminta agar suspek memohon maaf kepada mereka. – National Media


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...