13.2.13

Ibu Catriona Ross antara 3 maut kemalangan bas ekspres-kereta


GERIK - Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan apabila kenderaan yang dinaiki melanggar sebuah bas ekspres di Kilometer 61 Jalan Timur-Barat, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 pagi itu, mangsa Siti Zawiyah Abd Rahman, 60, Nurimi Abd Ghani, 40, dan Sitah Abdullah, 40, dipercayai dalam perjalanan menuju Sungai Petani, Kedah.

Allahyarham Siti Zawiyah merupakan ibu kepada pelakon Catriona Ross.

Pemandu kereta dipercayai suami salah seorang mangsa yang maut selamat dan dihantar oleh orang awam ke Hospital Gerik setelah mengalami kecederaan parah.


Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Hanafi Shafie berkata, ketiga-tiga mangsa terperosok dalam kenderaan yang terbabas di tepi longkang selepas bertembung dengan bas berkenaan.

"Kereta yang dinaiki mangsa dikatakan memasuki laluan bas sebelum berlanggar dan terbabas ke longkang berhampiran," katanya.
-SH


Alfatihah buat ibu beliau semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...