17.1.13

Universiti Harvard meletakkan ayat al-Quran di pintu masuk fakulti!





Universiti Harvard meletakkan ayat al-Quran di pintu masuk ke fakulti undang-undangnya, menyifatkan ayat itu sebagai antara ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah, lapor akhbar Arab Saudi baru-baru ini.

Ayat 135 Surah An-Nisa diletakkan pada dinding berdepan dengan pintu masuk utama fakulti itu, khusus untuk frasa terbaik mengenai keadilan. Seorang penuntut Arab Saudi yang belajar di universiti berkenaan menyiarkan gambar poster itu dalam akaun Twitternya, menurut akhbar Ajel


Ungkapan hebat 


“Saya nampak ayat berkenaan diletakkan oleh fakulti undang-undang, yang menyifatkan ia sebagai ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah,” kata Abdullah Jumma. Universiti Harvard dibina di Cambridge pada 1636 sebagai institusi pengajian tinggi paling tua di Amerika Syarikat. - Agensi




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

3 comments:

Unknown said...

Mmg terbaik!

Ratu Hatiku said...

Bagusnya..

Mak Wardah said...

Bangga n syukur...

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...