18.1.13

Rupanya Ini Punca Bawani Soal Cik Pah LISTEN


KUALA LUMPUR 18 Jan — Bawani KS mengakui persembahan slaid semasa forum “Seiringkah mahasiswa dan politik?” yang memaparkan kritikan ke atas pemimpin pembangkang dan beberapa aktivis menyebabkan beliau bangun untuk bersuara dan mempersoalkan pembentangan panel forum Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin.Menurut Bawani, persembahan slaid tersebut yang memaparkan gambar seperti ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, aktivis Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan demonstrasi menentang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak munasabah dan tidak selari dengan tajuk forum tersebut.


"Gambar yang mereka paparkan dalam forum tersebut adalah tidak munasabah,” kata Bawani dalam satu sidang media hari ini.“Ianya tidak langsung berkaitan dengan forum yang bertajuk ‘Seiringkah mahasiswa dan politik?’. Oleh sebab saya tidak berpuas hati, saya bangkit dan memberikan hujah sebelum Sharifah Zohra kemudiannya menarik mikrofon saya.”Bawani juga berkata tidak berpuas hati dengan penganjur forum tersebut yang hanya membenarkan dua soalan diambil daripada mahasiswa untuk dijawab, serta mengesyaki sesuatu yang pelik berlaku kerana mahasiswa terpaksa berikrar selepas tamat forum.

"Sepanjang saya menghadiri forum, inilah kali pertama saya melihat orang ramai diarah mengangkat ikrar.“Oleh yang sedemikian, saya berpendapat forum tersebut bukan bagi mendengar suara mahasiwa tetapi sebaliknya adalah untuk membodohkan mahasiswa,” kata beliau lagi.Apabila ditanya sama ada bimbang atas tindakan yang diambilnya semasa dalam forum tersebut, Bawani berkata beliau tidak melakukan sesuatu yang salah disisi undang-undang.

Bawani turut memberitahu kehidupannya agak berubah selepas tersebar video tersebut apabila sering menerima panggilan dan juga komen-komen daripada orang ramai di ruangan laman sosial Facebook dan Twitter.“Kehidupan saya berubah sekarang, setiap hari banyak panggilan telefon dan komen di Facebook dan Twitter saya.“Hinggakan saya terpaksa mengambil seorang pembantu peribadi (PA) dan terdapat sekumpulan rakan saya yang mengendalikan akaun Facebook dan juga Twitter saya,” kata beliau.

Beliau juga menjelaskan tidak sebarang menyimpan rasa marah atau berdendam kepada Sharifah Zohra selepas insiden tersebut serta tidak perlu untuk meminta maaf kepada dirinya.“Saya rasa tidak perlu untuk Sharifah Zohra meminta maaf kepada saya,” kata Bawani walaupun terdapat gesaan daripada aktivis dan kumpulan mahasiswa yang mahukan presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) tersebut memohon maaf kepada beliau.Dalam pada itu, Bawani juga berkata tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti politik ataupun bertanding dalam pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi serta menegaskan matlamat utamanya ketika ini ialah memperjuangkan pendidikan percuma bersama Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP).

Sementara itu, Bawani juga menjemput Sharifah Zohra ke satu bengkel anjurannya pada 26 Januari ini bersama mahasiswa di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur bagi membincangkan isu bertajuk “Bengkel Nasional Untuk Blue Print Tuntutan Pendidikan Percuma”.“Saya jemput Sharifah Zohra untuk bersama mahasiswa pada forum 26 Januari ini,” pelawa Bawani.Forum “Seiringkah mahasiswa dan politik?” diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah, pada 8 Disember lepas, akan tetapi hanya heboh selepas video tersebut dimasukkan di YouTube minggu lalu.

Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra menegur Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.Bawani juga menegaskan sejumlah negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton.

Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah Zohra turun dari pentas dan berdiri di depannya.Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah Zohra itu dan terus bercakap.Sharifah kemudian berkata “dengar” kira-kira 11 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya.“Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar,” kata Sharifah Zohra kepada Bawani.Tindakan Sharifah Zohra telah menerima banyak kritikan daripada rakyat Malaysia yang menonton klip video tersebut. ~tmi



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

2 comments:

hajar said...

2 kali tkg video bertaba angkuhnya seorg sharifah zohra... hurmmm....

Abil Fikri Ahmad said...

Pada saya memang patut la sharifah zohra kena tegur..

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...