Kahwin senyap-senyap di Thailand Kemudian Kena Tangkap Khalwat

By
Advertisement
Hohoho...... tajuk terlajak pedassss pulak. Apa pun n3 ini tiada kaitan dengan kisah ulama muda Umno (diulangi : tiada kaitan - boleh baca dlm blog lain). Ini cerita di sekitar sini.

Ceritanya begini.....



Beberapa hari ni dalam minggu-minggu yang lalu aku dah berapa kali lihat kelibat seorang lelaki di rumah jiran aku. . Mula-mula ternampak tu masa aku nak angkat kain sebab hari nak hujan. Masa tu anak dara jiran depan aku ni pun keluar juga nak angkat kain. Haa..... tetiba keluar pulak seorang lelaki muda. Bila dia nampak aku,  aku rasa dia macam terkejut dan cepat-cepak masuk.

Terbaru pun sama.... tapi kali ni lebih lama bersidai kat balkoni. Adeiiii.... teruknya n3 aku ni .... ni kira mengumpat dan bizi bodi ke ?  Semalam aku tanya kwn yg berjiran dengan dengan  jiran tu anak perempuan dia dah kahwin ke.... ? (untuk kepastian) Belommmm. Selalu pakwe dia datang! Ohhh...ingatkan hanya aku yang perasan.

Ni la masalahnya! Tu anak orang.... dan  jiran2 nampak pun  tak boleh buat pape. Ni sekarang nak salahkan siapa? Mak takde kat rumah sebab keluar bekerja cari nafkah. Yang anak dara duk rumah jaga adik yang masih sekolah dan kecik . Yang bapa? Haaa.... ni yang aku nak cerita.... si bapa dah kahwin dua. Dah ada isteri baru... dah ada baby kecik.... dah jarang-jarang balik. Dulu jiran aku ni surirumah je pun.

Apa yg aku lihat depan mata buatkan hati aku rasa tak enak... mungkin jiran-jiran lain yg lihat perkara sama pun merasainya.

Yang buat tambah-tambah tak best bila dengar suami jiran aku ni kena tangkap khalwat dah nikah pun kat Thailand...hohhhhohhh. Lalu dengan mood pedas aku pun nak bergosip la konon dengan En. Hb. baru cakap sikit dia dah cantas dengan muka seriussss.... "memang lah dia kena tangkap khalwat tapi dia dah nikah dulu kat Thailand cuma tak daftar je!!!!" Erkkk....."mana tauuuu....." . "Saya taulah sebab bini no 2 dia satu opis dengan saya...." Haiyakkkk....... terkezuttt! Ntah sapa nama perempuan tu tak ingat dah sebab terlampau terkejut. " Hahh, jangan nak sibuk cerita hal orang  ye... diam-diam sudah!" Dia memberi amaran.

Ye saya diam-diam je. Tak buka mulut kat sapa-sapa. Sy cuma tulis di sini. Sebab sy pasti jiran2 saya tak pernah baca blog saya ni.

Hati saya sakit! Bayangkan.... kalo hati saya sakit apatah lagi hati jiran saya tu. Lebih-lebih sakitnya. Kesian dia.... (tapi tak taulah kalau dia suka dan redho).
Memang semua yang berlaku bukan atas kehendak kita. Allah jua yang maha menngtahui. Tapi sebagai seorang manusia aku tetap terrrr fikirkan masalah ni. Bukan haiwan je yg ada masalah. Manusia lagi byk masalah....antaranya macam kisah yg aku kepochikan nih.

Sebelum En. Hb cabut lari....(dia memang tak suka sibukkan diri dgr masalah yg tiada kaitan dengan dia) aku sempat  tembak sedas dua.... "ehhh.... apa teruk sgt hah kawan perempuan awak tu sampai ambik suami orang?" Jawapan dia: " Mana saya tau...".
"Tak ada ke lelaki bujang yang nak kahwin dengan dia... kesian betullah". Jawapan dia : Senyap.
"Muka bukan hensom pun.... bukan kaya raya pun." Senyap gak.
Eiiii.... malas dah nak cakap sebab kompom tak akan di layan.

Jadi aku nak luahkan kat sini je lah. Memang poligami tu halal dalam Islam. Kahwin lah sampai empat sekalipun asalkan mampu dan berlaku adil. Kalau sebelum ni belanja untuk anak dan isteri kita cukup atau cukup-cukup sahaja sbb gaji kita bukan macam gaji CEO Syabas tu..... jadi bila dah ada dua keluarga tentu belanja akan terbahagi juga.... makin berkurang, makin sikit, makin sempit dan makin bertambah masalah. Sampaikan isteri yang tak kerja kena keluar kerja.... sudah la dah semakin berumur... aduhaiii. Aku sangat simpati.

Yang perempuan  pun.... kenapa la jatuh cinta dengan lelaki yang dah beranak-pinak. Tak laku ehhhh? Yang suami tu tak payah tanya.... dia akan bagi seribu alasan yang paling logik berlandaskan akal sekerat dan nafsu sekerat.

Anak2 yang bapak dah kawin lain .... sabar dan jagalah diri... jaga maruah keluarga. Jangan tambahkan masalah lagi.

Sedihnya bila cinta dan kasih sayang dalam rumahtangga dah cair. Masa mula-mula kahwin segala susah payah dan kepahitan untuk membina keluarga dilalui bersama. Almaklum masa baru kahwin berapa sgt gaji suami .... selepas berbelas atau berpuluh tahun dan gaji suami dah besar ada pula yang cantas... patutnya dah tua2 senang bersama rupanya tidak. Tak ada rezeki. Pesan seorang ustaz yg selalu memberi kuliah untuk kaum ibu-ibu di surau sini.... isteri yang sabar dengan suami balasannya syurga. Kalau isteri masih sayangkan suami jgn jemu nasihatkan suami dan berdoa agar suami berlaku adil...nnt kasihan suami kat akhirat nnt.... senget sebelah bahunya..... pesan ustaz lagi isteri-isteri selalulah baca doa Rabitah.... doa pengikat kasih sayang dan bayangkan wajah suami anda...... jangan bila dah ada masalah baruuuuu nak baca.

Hurmm......   yang pasti jodoh ajal maut semua ditangan Allah. Hari ni mungkin hari orang lain.... nasib kita tak tahu lagi. Lelaki tak perlu wajah kacak untuk berpoligami. Lelaki juga tak perlu gaji yg cukup untuk poligami. Lelaki juga tak  perlu tunggu  isteri sakit atau mandul untuk kawin lagi. Kerana nak menolong ibu-ibu tunggal? Err.... tak juga kut.  Kat sekitar sini bukan jiran depan rumah aku je yg hadapai masalah macam ni.... ada lagi beberapa orang.... ramai juga yg nasib serupa. Aura negatif nih betul2 buat aku tak selesa.

ps: Kalau nak kawin sangat kawin terus sampai empat! Baru adil.....










✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.