29.1.13

Isteri temui suami tergantung

gambar  hiasan


LEDANG - Seorang lelaki ditemui mati tergantung di sebuah bilik di rumahnya di sebuah kampung di daerah ini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Harun Idris ketika mengesahkan menerima laporan berhubung insiden itu berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 31 tahun ditemui isterinya, kira-kira satu jam selepas kejadian tersebut.
Menurutnya, ketika kejadian isteri mangsa tiada di rumah dan hanya disedari sewaktu pulang apabila kelibat suaminya tidak kelihatan sedangkan kenderaan miliknya ada di rumah.
“Kerana hairan, isteri mangsa mencarinya dan mendapati sebuah bilik berkunci, dan apabila dipanggil tiada respons yang diterima.

“Keadaan itu mendorong isteri mangsa  membuka pintu bilik tersebut menggunakan kunci pendua,” katanya.
Bagaimanapun katanya, isteri mangsa terkejut apabila menemui mangsa tergantung dan sudah tidak bernyawa pada kipas siling yang diikat menggunakan wayar seterika dalam keadaan lengkap berpakaian.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. sinarharian


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog bagi tahu ye ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...