18SX - RAHSIA KUCING

By
Advertisement
Semalam..... masa duk sembang-sembang ngan jiran2, tiba-tiba  salah sorang jiran ni buka cerita. Cerita panassss kategori 18sx punya cerita. Sambil sengih-sengih dia tanya ehhh korang tau tak kenapa kucing kalau mengawan dia bising? kekekeke........ korang tau ke? Kalau tak tau meh baca riwayat kat bawah ni.


Riwayatnya begini. Diriwayatkan dari Wahab bin Munabbah: Ketika Nabi Nuh a.s naik kedalam bahteranya untuk belayar, maka masuklah bersama setiap jenis makhluk yang berpasangan.

Kucing dan anjing juga dibawa bersama dengan pasangan masing-masing (jantan betina).

Nabi Nuh a.s melarang makhluk Allah itu melakukan persetubuhan agar tidak beranak-pinak, ditakuti ruang di dalam bahtera menjadi sempit. Tetapi anjing yang tidak sabar itu tidak mempedulikan larangan Nabi Nuh. Dan sang anjing pun melakukan persetubuhan.

Perlakuan ini telah disaksikan oleh sang kucing yang busy body. Sang kucing pun datang menghadap serta melaporkan perbuatan itu. Sang kucing pun menyaksikan perlakuan terlarang dilakukan di dalam bahtera.

Sang kucing sekali lagi menghadap Nabi Nuh a.s dan melaporkan apa yang telah dilihat. Nabi Nuh lalu mencerca perbuatan anjing itu, tetapi anjing menafikan perbuatannya. Kucing yang agak marah lalu berkata kepada Nabi Nuh a.s

"Wahai Nabiyullah, saya melihat sendiri dia telah berbuat demikian. Kalau Nabiyullah berdoa kepada Allah tentu akan diperlihatkan kepadamu ketika dia melakukan perbuatan itu."

Nabi Nuh a.s pun berdoa kepada Allah. Kemudian anjing melakukan lagi persetubuhan itu malah makin galak sehingga tidak mahu berpisah dengan bininya itu.

Kucing datang menghadap Nabi Nuh a.s lalu mengadukan hal itu. Nabi Nuh pun datang melihat pasangan itu sedang bersetubuhan. Anjing menjadi sangat malu lantas berdoa kepada Tuhan: "Wahai Tuhanku, singkaplah aib cela kucing ini diwaktu bersetubuh sebagaimana dia telah menyingkap keaiban kami."

Allah telah mengabulkan permintaan anjing itu. Dan akibatnya? Bila kucing bersetubuh maka dia berteriak dan menjerit menyebabkan makhluk lain mendengar dan mendapat tahu. Inilah akibatnya hingga ke hari ini.


Inilah balasannya yang Allah timpakan kepada kucing yang membuka aib haiwan lain. Jadi sebagai manusia yang dikuniakan akal bolehlah difikir-fikirkan dan direnung2kan dan ambil iktibar dari kisah di atas. Selamat beramal........

Ehhh..... chop chop..... ini kira buka aib kucing juga ke? 




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

3 comments:

Azian Elias said...

Salam Kenal..

Jazakallah.. baru hari ni tau rahasia nya.. tq

UniMeOw said...

hehe uni pun penah dgr citer ni..

alahai kucing,,npe la kome bz body..wat malu geng kucg je..haippppp~

The Seven Thing said...

betol ke riwayat ni nih?

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.