Friday, August 31, 2012
video- lelaki berlakon 'buta' untuk raba wanita lalu lalang
Video- Rachel Corrie mati digilis bulldozer kerana mempertahankan kediaman rakyat Palestin
Rachel Corrie aktivis yang terbunuh digilis oleh jentolak Isarel pada tahun 2003 tidak mendapat pembelaan apabila mahkamah memutuskan kejadian itu adalah tidak sengaja dan akibat dari kecuaian aktivis itu sendiri.
Israel tolak tuntutan keluarga Rachel Corrie

Ngeri - Mayat kepala putus, kaki dan tangan dikerat ditemui
Lelaki itu dipercayai dibunuh dan mayatnya dikerat di tempat lain sebelum dibawa ke ladang yang terletak kira-kira 50 meter dari jalan besar untuk dilupuskan, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
"Lelaki itu dibunuh dengan kejam apabila kepalanya dipenggal manakala kedua-dua kakinya dipotong dari aras lutut dan tangannya dikerat dari aras siku sebelum dibakar.
"Mayat yang telah dikerat itu dikumpul di dalam plastik hitam sebelum dibawa ke lorong itu dan kemudiannya dibakar," katanya.
Mohd Nasir berkata tiada pengenalan diri ditemui bersama mayat berkenaan kerana hampir keseluruhan badannya terbakar.
"Mayat itu dikenal pasti sebagai lelaki kerana kemaluannya tidak hangus dan dua jari mangsa juga tidak terbakar," katanya.
Beliau berkata pemeriksaan oleh Pakar Patologi Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh mengesahkan lelaki itu meninggal dunia kira-kira tujuh jam sebelum ditemui.
Katanya siasatan awal polis menemui tiga tin berisi bahan bakar yang dipercayai digunakan untuk membakar mayat mangsa berhampiran kawasan kejadian.
"Kita juga percaya lebih daripada seorang suspek terlibat dalam kejadian ini dan mereka membuat persiapan teliti untuk melupuskan mayat mangsa," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan atau mana-mana balai polis berdekatan. - Bernama
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
Kasihan Budak Tahfiz ni terpaksa sentuh tangan Rosmah Mansor
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
Jalur Gemilang Pulut Perkasa Punya Rupanya....
DEKLAMASI SAJAK A. SAMAD SAID - JANJI DEMOKRASI (AMBANG MERDEKA 2012)
2,500 kg pulut untuk siapkan Jalur Gemilang - Gila Membazir!!!
![]() |
| PASIR MAS: Petugas, Nik Maznah Nik Mamat, 50 (kiri) bersama Nurul Syazliana Mohd Sukarno, 27, tekun menyiapkan bentuk Jalur Gemilang bersaiz 100 kaki panjang dan 14 kaki lebar di Sekolah Menengah Panglima Raja sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55. Seramai 300 orang bergotong-royong bermula 29 Ogos dan sebanyak 2,500 Kg pulut digunakan. FOTO Fathil Asri (30/08/2012) Tak bangga langsung tengok gambar kat atas nih. Siapa punya idealah ni..... orang Islam ke? Kalau Islam takkkan lah bodoh sangat tak tahu hukum membazirkan makanan tu berdosa. 2,500 kg pulut tuh!!!! Dalam pada masih ramai yang kebulur tak makan kat dunia ni kita kat Malaysia senang-senang je bazirkan beras pulut.... tak kira la jalur gemilang tak gemilang! Tak ada benda lain ke selain pulut? Haiiii....sedih aku tengok makanan dibazirkan macam tu. Bukan aku je.... malah ramai lagi yang tengok gambar ni sependapat dengan aku. Tengok SINI. Membazir tu amalan syaitoooonnnn.... huhuuu Ps: Malaysia memang handal bab cipta rekod berasaskan makanan nih.... sebelum ni pun ada semua ok lagi asalkan makanan tu boleh dimakan tak dibazirkan..... pasni apa lagi ekkk |
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
Thursday, August 30, 2012
Ibu-ibu.... bapak-bapak yang ada anak perempuan sila ambil perhatian dan langkah keselamatan yang sewajarnya kerana mulai sekarang jika anak kecil anda dirogol belum tentu lagi anda akan dapat melihat pelakunya diberi hukuman yang setimpal.
Dan sekali lagi gadis-gadis di luar sana sila ambil perhatian..... perhatikan wajah dua lelaki durjana perosak masa depan gadis ini baik-baik. Ada sesiapa yang nak buat jadi suami? Makcik2 ada yang berkenan buat menantu? Suka hati.......!!!
Bebas Perogol Kanak-Kanak Bawah Umur Mahkamah perlu Dipersalahkan
![]() |
| Noor Afizal Azizan dan Chuah Guan Chew - Dua Perogol kanak-kanak bawah Umur - dibebaskan daripada hukuman mandatori penjara |
Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaannya yang ke 55 menjelang malam ini. Tapi sistem perundangannya masih dalam tidak karuan.
Hakim di mahkamah Malaysia boleh buat undang-undang ikut suka hati masing-masing dan tidak payah ikut buku. Kalau macam itu, siapa-siapa pun boleh jadi hakim.
Di bawah undang-undang Malaysia , hubungan seks dengan gadis bawah umur dianggap sebagai rogol tanpa mengira adakah gadis itu bersetuju dengan perlakuan atau tidak dan mereka yang disabitkan dengan jenayah mandatori dikenakan hukuman bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu:
"Barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat." Lihat di sini
Ini menyebabkan bapa gadis 12 tahun yang dirogol oleh juruteknik Chuah Guan Jiu tidak berpuas hati kerana perogol anak gadisnya yang didapati bersalah itu hanya dikenakan ikat jamin RM25,000 dan berkelakuan baik 3 tahun. Kalau ikut buku sepatutnya paling minima kena 5 tahun penjara dan sebatan!
Beliau telah memfailkan rayuan menuntut keadilan berikutan keputusan Mahkamah Sesyen yang dilihat lebih bersimpati kepada pesalah.
Beliau berkata, Chuah, 22, telah memusnahkan masa depan anaknya yang masih kanak-kanak tetapi mahkamah tidak mengambil kira apabila mengenakan hukuman.
“Sebaliknya, mahkamah hanya mementingkan masa depan perogol itu dan dia kini bebas mencari mangsa gadis muda yang lain, " katanya.
Sebelum ini, bekas pemain bowling kebangsaan , Noor Afizal Azizan disabitkan kesalahan merogol seorang gadis 13 tahun juga telah dibebasklan dengan ikat jamin RM25, 000 untuk kelakuan baik. Ini juga mana ada ikut buku!
Dua keputusan mahkamah ini yang sepatutnya mengenakan hukuman penjara dan sebatan tetapi sebaliknya hanya dibound - over telah mencetuskan kemarahan orang ramai. Korang jangan tunggu bila ada anak korang atau sedara mara korang jadi mangsa baru nak naik hangit!
Mahkamah lebih bersimpati kepada pesalah laku dan bukan mangsa yang telah dimusnahkan masa depannya.
Ketua publisiti kebangsaan DAP Tony Pua (kiri) berkata , hakim telah mengambil undang-undang ke dalam tangan mereka sendiri dan mengetepikan undang-undang yang diluluskan di Parlimen. "Mereka mengabaikan apa yang dinyatakan dalam undang-undang, yang menyatakan hukuman penjara. Ini bukan tafsiran undang-undang, ia ditulis semula," kata ahli parlimen itu, menambah, " Hakim tidak mempunyai kuasa untuk menulis undang-undang mereka sendiri."
"Undang-undang boleh berubah, tetapi oleh institusi yang betul seperti Parlimen, dan bukan oleh badan kehakiman. Saya tidak faham mengapa penghakiman buat keputusan seperti itu.
sumber
Samsung Bayar Denda $1 Billion kepada Apple dengan menggunakan duit syiling 5 sen yang diangkut dengan 30 lori???
This morning more than 30 trucks filled with 5-cent coins arrived at Apple’s headquarters in California. Initially, the security company that protects the facility said the trucks were in the wrong place, but minutes later, Tim Cook (Apple CEO) received a call from Samsung CEO explaining that they will pay $1 billion dollars for the fine recently ruled against the South Korean company in this way.

You can use your coins to buy refreshments at the little machine for life or melt the coins to make computers, that’s not my problem, I already paid them and fulfilled the law.A total of 20 billion coins, delivery hope to finish this week.

http://techspy.com/news/1069640/samsung-pays-apple-1-billion-sending-30-trucks-full-of-5-cents-coins
http://www.gsminsider.com/2012/08/fake-news-samsung-does-not-pay-apple.html
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
Wednesday, August 29, 2012
SUSULAN KES BUNUH DI HADAPAN KELAB MALAM MADURAI - POLIS CARI ORANG DALAM GAMBAR!
Mati tertimbus dalam liang lahad
![]() |
| Beberapa penduduk melihat kubur yang meragut nyawa Zailan (gambar kecil) di Kampung Penak, Mentakab semalam |
Tuesday, August 28, 2012
Suasana Gangnam Raya - jelousnya tengok !!!
Katak puru dalam lemang.......
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
Monday, August 27, 2012
Sedihnya melihat seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya

Allah dalam firmanNya:
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا
Berkmaksud: "Ada di antara orang-orang beriman itu para pejuang yang benar janji mereka dengan Allah, ada di kalangan mereka yang telah gugur syahid dan sebilangan yang lain pula sedang menunggu untuk mati syahid dan mereka sama sekali tidak akan menukar janji mereka dengan Allah".
Lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tak kenal - Tun Dr Mahathir
Peribahasa baru ke nih..... (sambil garu-garu kepala) Ada ke syaitan yang baik...... betul ke malaikat pun buat silap? (tarik nafas dalam-dalam) then..... gelak sopan.... opppssss..... apa-apa je lah Tun ni. ✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
'Rasa nak berbogel' - Sharbinee Allawee
BAWA KELUAR...detik mencemaskan skuad Terengganu apabila Mohd Sharbinee diserang kegatalan.
Sunday, August 26, 2012
Neil Amstrong Berjaya Buktikan Kaabah adalah Pusat kepada Planet Bumi?

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
https://www.facebook.com/pages/Aiyang-disayang/218136384875687
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
Jana Pendapatan - Jom Klik
Terjemahan:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”
(Imam As Syafie)












