Saturday, June 30, 2012
gambar mayat terbiar pendaki gunung everest
(10 GAMBAR) Penjelmaan Misteri Dalam Foto Di Malaysia

Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya. Lagi 9 gambar selepas jump.

Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, terlihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.
Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.
Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.
Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.
Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.
Gambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.
Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak, Wallahu’alam.
Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿
Saham FGVH : Isa Samad Dapat 180,000 Saham. Peneroka dapat 800 unit sahaja.

- Tan Sri Samad – 180,000 unit saham
- Sabri Ahmad – 180,000 unit saham
- Dr Omar Salim – 150,00 unit saham
- Dr. Emir – 150,000 unit saham
- Ini yang dia atas kertas dan sudah diketahui, yang tidak didedahkan lagi bagaimana pula angkanya?

“Kenapa kerajaan negeri Johor, Pahang, Terengganu dan negeri-negeri lain ghairah melancarkan Amanah Saham Negeri tetapi Perak tidak berbuat demikian; dia mengatakan cukuplah Amanah Saham Nasional sudah ada. Saya tidak mahu rakyat negeri saya menanggung rugi. Betul, akhirnya Amanah Saham Negeri-negeri jatuh. Sekurang-kurangnyanya saya berjaya menyelamatkan wang rakyat saya”.
- Pengerusi Felda: 180,000 unit saham x 0.75= RM135,000.00 . (Orang kuat disenalik penyenaraian felda)
- Ceo Felda: 120,000 unit x 0.75= RM90.000 (Menyokong penuh penyenaraian saham Felda FGVH di Bursa Malaysia)
- Pengurusan Felda: 15,000 unit x 0.75 = RM11,250. Kelompok penting yang mendapatkan tandatangan daripada kalangan peneroka Felda. Borang tidak dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah
- Peneroka Felda: 800 unit saham x 0.75 = RM600.000. Kepada kalangan peneroka Felda, jangan lupa tanggungjawab melunaskan pinjaman hutang bank . Bunga 5.5% + wang proses RM200.00 sahaja. Unit saham Felda FGVH hanya boleh dijual selepas 6 bulan
RM68,403,000.( 0.75sen x 91,204,000). Peneroka Felda?>

Friday, June 29, 2012
Tahniah Irma Hasmie Sah Bergelar Isteri Kepada Reza Syah Azmeer
Anehnya Bunga Berwajah Monyet



Hot Kalah Artis Bakal Menantu Najib
Bakal Menantu Najib bersembunyi di Malaysia?
Bakal Menantu Najib dilaporkan telah menghilangkan diri setelah penipuannya didedahkan oleh The New York Times tetapi menurut satu sumber “Daniyar berada di Sandhurst sekarang. Mereka menerimanya tahun lepas,”
Daniyar dilaporkan menipu dalam dua perkara, iaitu berkaitan dokumen yang diubahsuai konon nya dia menamatkan pelajaran tinggi di kazakhtan tetapi sebaliknya dia tidak pernah bersekolah di sana bahkan tidak pernah pun berjaya menamatkan pelajaran di sekolah tinggi pun.
Yang kedua daniyar menipu mengenai pembelian sebuah kondo mewah. Kondo tersebut dibeli menggunakan wang bapa tirinya. Bapa tiri nya mengamanahkan dia untuk melakukan urusan jual beli tetapi dia letak nama mak dia sebagai pemilik kondo tersebut. - AmenoWorld
Semalam Malaysia Today telah menyiarkan dua keping gambar Bakal Menantu Najib itu sedang menjalani latihan tentera di sebuah negara.
Dari gambar yang disiarkan itu.. suasananya persekitarannya tidak menggambarkan Eropah tapi lebih kepada suasana di Malaysia..
Adakah setelah menyedari Bakal Menantunya ini menjadi buruan, Najib menyorokkannya di Malaysia?
Baca laporan dari The Malaysian Insider mengenai bakal Menantu Najib yang disiarkan awal bulan lalu..
Daniyar Nazarbayev telah mendaftar di Maktab Tentera Sandhurst sejak tahun lepas, walaupun terdapat keraguan terhadap bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila kelayakan akademik untuk memasuki Universiti Columbia di Amerika Syarikat.
The Malaysian Insider difahamkan dari sumber-sumber keluarga yang pemuda berusia 24 tahun itu adalah dalam perjalanan pentauliahan untuk tentera biasa pegawai yang mengambil masa 48 minggu.
“Daniyar berada di Sandhurst sekarang. Mereka menerimanya tahun lepas,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
“Lebih 80 peratus Pegawai Kadet adalah penuntut lepasan universiti, namun sebahagiannya dengan A-Level dan yang setaraf. Yang lainnya adalah tentera yang berkhidmat dan dipilih untuk menjalani latikan Pegawai dan ada dari luar negara, dipilih oleh tentera sendiri untuk berlatih di akademi terkenal dunia.
“Tidak mustahil untuk mana-mana pihak menjalani latihan menggunakan duit mereka sendiri,” kata laman web tersebut.
Ibu Daniyar, Maira menafikan dakwaan semalam yang yang beliau dan anaknya disaman oleh suaminya, dan menegaskan perkahwinannya masih bertahan.
Beliau juga menambah pertunangan dengan anak Najib masih berterusan walaupun timbulnya surat dari mahkamah yang difailkan suaminya di mahkamah di New York.
Selasa lalu, beberapa akhbar luar negara termasuk New York Post melaporkan Daniyar disaman dengan ibunya kerana menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayez, abang kepada Presiden Kazakhtan Nursultan Nazarbayev. Beliau juga didakwa menipu kelayakan akademiknya untuk memasuki Universiti Columbia di Amerika Syarikat.
Pertunangan Daniyar dengan anak perempuan Najib Nooryana Najwa dilakukan dengan penuh neriaj di sini Jun tahun lalu.
“Saya tidak pernah bertengkar dengan suami saya,” kata Maira Nazarbayev kepada New York Post dalam satu temu ramah yang disiarkan Jumaat lalu.
“Saya menganggap kami masih berkahwin dan mempunyai hubungan yang baik dengan suami saya. Dan saya tidak pernah melihat dokumen berkaitan perceraian. Saya tidak pernah menandatangani sebarang dokumen,” tambahnya.
Namun, New York Post memetik dokumen mahkamah yang difailkan Bolat Nazarbayez di New York, menuduh Daniyar menipunya sejumlah US$20 juta (RM63 juta) rumah kondominium di Wall Street disamping memasuki universiti terbaik melalu “penipuan” kertas kelayakan daripada sekolah tinggi di Kazakhtan yang tidak dimasukinya.
Daniyar, dikatakan bertemu Nooryana di Columbia, graduan lepasan Ivy League pada 2010.
Akhbar itu turut melaporkan Maira telah menukar nama keluarga Daniyar daripada Kesikbayev kepada Nazarbayev untuk setaraf dengan presiden Kazakhtan selepas mengahwini Bolat pada 2001.
Maira berkata Bolat terkejut mengetahui perkara itu apabila dihubunginya beberapa minggu lalu, dan menegaskan beliau tidak mengambil sebarang tindakan perunangan terhadap dirinya dan Daniyar.
Beliau turut menafikan tuduhan Daniar dibuang sekolah dan menipu untuk memasuki Columbia University, berkata ianya di reka dan satu penipuan.
Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menolak ianya tidak berkaitan dengan pentadbiran Najib berhubung khabar angin tersebut.
Pemimpin BN berkata kepada The Malaysian Insider awal minggu ini ia hanyalah “isu peribadi” dan tidak menjejaskan reputasi presiden Umno itu.
Ini bukan kali pertama hubungan Najib dan Kazakhtan menjadi isu. Akhbar Indonesia, Kompas juga pernah mendakwa pada Ogos tahun lalu bahawa bakal menantu Najib mempunyai hubungan dengan mafia di Rusia.
“Maira Nazarbayev, yang menetap di a la Imelda Marcos, dikaitkan dengan mafia Rusia,” kata akhbar berkenaan yang disiarkan pada 4 Ogos, 2011.
Bagaimanapun, akhbar itu tidak mengesahkan dakwaannya. Najib menafikan dakwaan akhbar itu dan akhbar berkenaan juga telah mengemukakan permohonan maaf.
Maira dalam satu kenyataan juga menegaskan keluarganya telah merancang untuk bercuti di Eropah beberapa minggu lagi dan beliau akan “ memperuntukkan masa berharga itu dengan keluarganya dan yang tersayang.” -TMI
![]() |
| Sandhurst |
![]() |
| Sandhurst?? tengok muka yang kat belakang sana tu... |
sumber
✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿
TNB dituntut penjelasan ekoran bil elektrik melompat naik
Ini kerana, sistem ini menyebabkan bil elektrik pengguna menjadi berlipat kali ganda.
Seorang pengguna elektrik menghantar satu surat aduan dan disiarkan oleh banyak blog termasuk dalam ruangan surat pembaca Harakahdaily sebelum ini.
Namun sehingga kini, TNB belum membuat sebarang penjelasan mengenainya sekurang-kurangnya tidak ada dalam pengetahuan pembaca Harakahdaily.
Berikut disiarkan sekali lagi surat yang ditulis oleh Mohd Fazli Hassan dari Meru, Klang itu:
Tidak lama dulu DS Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik baru. Seingat saya, beliau menyatakan bacaan bil bulanan di bawah 400 unit atau kurang dari RM90 tidak menerima kesan (tolong betulkan jika salah).
Oleh itu pengguna yang bil bulanan di bawah bacaan 400 unit atau kurang dari RM90 (jika tidak silap) tidak akan dikenakan kadar tarif elektrik baru. Mendengar pengumuman tersebut saya antara orang yang merasa lega kerana bil elektrik saya setiap bulan adalah kurang daripada RM90.
Perasaan lega itu hanya untuk sementara waktu sahaja atau beberapa bulan sahaja. Ada perancangan lain yang telah dilakukan bagi merealisasikan kadar tarif baru elektrik ini.
Beberapa bulan ini, pihak TNB (pembaca meter TNB) hanya melakukan bacaan meter dua bulan sekali sahaja ke rumah saya dan rumah-rumah jiran. Oleh itu bacaan meter elektrik yang dibuat dua bulan sekali, diselangi dengan bil anggaran yang dihantar melalui pos. Melalui cara ini, secara tidak langsung kadar tarif baru dapat dilaksanakan kepada pengguna, tanpa disedari.
Sebagai contoh bagi mereka yang menggunakan tarif elektrik sebanyak 350 unit sebulan, bayaran bil adalah sebanyak RM76.30. Melalui sistem bacaan meter DUA BULAN berserta BIL ANGGARAN (secara POS), penggunaan elektrik naik sekali ganda menjadi 700 unit (dua bulan).
Oleh itu, bayaran bil menjadi RM194.20, kiraan seperti berikut:
Penggunaan dua bulan 700 unit.
1. 400 unit X RM0.218 = RM87.20
2. 200 unit X RM0.334 = RM66.80
3. 100 unit X RM0.400 = RM40.00
JUMLAH = RM194.20
Bil bagi dua bulan menghampiri RM200. Berbanding jika bil dikenakan tiap-tiap bulan hanya antara RM70 ke RM80 sahaja. Jika dua bulan pun hanya RM140 ke RM160 sahaja jika pengguna membuat tunggakan bayaran.
Bagi bil anggaran yang dihantar melalui pos pula, jumlah yang dinyatakan hanya pada nilai RINGGIT MALAYSIA tetapi bukan pada jumlah UNIT elektrik yang digunakan. Maka bil dua bulan dalam jumlah ringgit ditolak dengan jumlah bil anggaran dalam nilai ringgit.
Kesimpulannya, TNB telah berjaya melaksanakan kadar tarif baru elektrik kepada pengguna yang pada asalnya bacaan tarif elektrik kurang dari 400 unit.
Sehubungan itu, saya meminta pembaca atau pengguna elektrik, renungkanlah....
Mohd Fazli Hasan
Taman Meru Damai, Kapar Klang.
Harakah Daily
✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿
Jasad 400 sahabat Rasulullah saw punca bandar ini diserang teruk
Tahukah kita kenapa wilayah Homs merupakan di antara wilayah yang teruk dibom dan diserang oleh rejim Basyar khususnya daerah Baba Amr?
Apakah yang menyebabkan kota tersebut teruk diserang dan dibedil?
Dalam sejarah, sebenarnya di kota ini ialah tempat bersemadinya jasad lebih 400 orang sahabat Rasulullah s.a.w. yang telah berjuang membebaskan wilayah-wilayah ini daripada cengkaman Rom atau Parsi termasuklah Sayyidina Khalid al-Walid r.a
Sebelum tercetusnya perang Qadisiyyah pada 636 M, sahabat Nabi s.a.w yang bernama Saad ibn Abi Waqqas telah meminta bantuan tambahan daripada Khalifah Umar al-Khattab r.a bagi tujuan menghadapi peperangan dengan tentera Parsi.
Lalu Saidina Umar telah menyahutnya, tetapi dengan mengirim hanya 2 orang sahaja seraya berkata dalam suratnya kepada Saad "aku kirimkan kamu 2 orang ini yang mana ia sama seperti aku kirimkan 2000 orang tentera, iaitu Tulaihah Bin Khuwailid dan Amar Bin Ma'ad Yakreb.." - riwayat Thabarani
Setelah tercetusnya pertempuran, Amr Bin Maad Yakreb telah memperlihatkan kehebatan yang sangat mengkagumkan kaum muslimin. Beliau telah berjaya memimpin peperangan dengan jayanya dan telah membunuh begitu ramai tentera Parsi yang kemudiannya berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.
Beliau telah meninggal dunia di Baba Amr dalam wilayah Homs yang mengambil nama sempena nama beliau. Kuburnya berada di kawasan perkuburan al-Kutaib iaitu suatu kawasan perkuburan kedua terbesar selepas perkuburan al-Baqi' di Madinah.
Di bandar tersebut jugalah telah dimakamkan sekurang-kurangnya 400 jasad sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang telah sama-sama berjuang hingga sampai ke wilayah ini demi membawa risalah Islam. Termasuklah sebahagian pejuang-pejuang Qadisiyyah yang telah mengalahkan kerajaan Parsi tahun 636 M tersebut.
Baba Amr- Kota ini sangat dibenci oleh rejim Basyar dan Iran khususnya lantaran tokoh dan pejuang-pejuang dari kalangan sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang menyebabkan kekalahan kaum parsi dalam peperangan Qadisiyyah dahulu telah dimakamkan di sini.
Kini ia telah menjadi tempat bagi kaum Parsi/Iran dan sekutu-sekutunya untuk membalas dendam terhadap kekalahan silam mereka suatu ketika dahulu.
Semoga Allah memelihara pejuang-pejuang Syria yang merupakan 'cucu-cicit' Saidina Khalid al-walid yang pasti akan mempertahankan bumi Syam ini sehingga ke titisan darah terakhir mereka. sumber
Thursday, June 28, 2012
Berbogel dihadapan ambulan halang kekasih suami diberi rawatan
Hukuman pancung - jangan lihat jika tidak berani
Kalau tak berani maka jangan buat jenayah.
Kalau beginilah hukuman kat dunia kerana kesalahan membunuh agak2 ramai tak yang berani nak membunuh?
Bila teringat semula terutama kes anak2 kecil diculik dirogol dan dibunuh rasa marah sangat kan.... rasanya memang patut pelakunya dipancung dikhalayak ramai macam nih
biar sesiapa yang melihat tu terasa gerun dan berfikir 1000 kali nak buat.
✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿
Wednesday, June 27, 2012
No wonder so many people like it! Coke and Pepsi contain ALCOHOL, reveals French research
Coca-Cola and Pepsi contain minute traces of alcohol, scientific research published in France has revealed.The revelation will cause concern among those who chose the carbonated soft drink for religious, health or safety reasons.According to tests carried out by the Paris-based National Institute of Consumption (INC) more than half of leading colas contain the traces of alcohol.

Can't beat the real thing: The revelation will cause concern among those who chose the carbonated soft drink for religious, health or safety reasons
These include the brand leaders Coca-Cola and Pepsi Cola, while it is mainly only cheap supermarket versions of the drink which are alcohol-free.‘60 Million Consumers’, the French magazine, publishes the results of the tests in its latest issue.They suggest that the alcohol levels are as low as 10mg in every litre, and this works out at around 0.001 per cent alcohol.But the figures will still be enough to upset the thousands of Muslims who regularly drink Cola because their religion forbids them from drinking alcohol.Those who are teetotal and drink Coke regularly will also be worried, as will those who choose it as an alternative to alcohol when they are driving.Of 19 colas tested, the nine which did not contain alcohol were made by brands including Auchan, Cora, Casino, Leader Price and Man U-Cola.

Muslims praying at the Paris great Mosque: Many people regularly drink Cola because their religion forbids them from drinking alcohol
Ten which had traces of alcohol in them included Coca-Cola, Pepsi Cola, Coca-Cola Classic Light and Coke Zero.Michel Pepin, scientific director for Coca-Cola France, said: ‘It is possible that traces of alcohol come from the process’ of making Coca Cola according to its secret recipe.He insisted, however, that Coca-Cola drinks were provably ‘soft’ and recognised as such ‘by the government authorities in which they are sold’.Mr Pepin added: ‘Furthermore, the Paris Mosque has provided us with a certificate stating that our products can be consumed by the Muslim community in line with the religious opinions of the Committee of the Mosque of Paris.’
Not the only pick me up: Caffeine is widely considered to be the main stimulus contained in cola, as well as sugar
A spokesman for Pepsi acknowledged that ‘some soft drinks can contain minute traces of alcohol because of the ingredients used,’ although ‘ the Pepsi Cola recipe does not contain alcohol ‘.Both companies suggested that natural fruit can ferment and produce minute traces of alcohol.Coca-Cola was invented in 1886 by the American John Pemberton and was originally patented as a medicine which could cure everything from headache to impotence.It went on to dominate the international soft drinks market and is now a US icon sold in more than 200 countries.
However, caffeine is widely considered to be the main stimulant contained in the drink, along with vast amounts of sugar which have come to associate it with a range of health problems including obesity. Every can of Coke contains approximately 10 teaspoons of sug
Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-



✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿
Manusia 'terbang' dalam langgar lari terakam cctv
Rakaman cctv menunjukkan sebuah kereta yang dipandu laju telah melanggar seorang pejalan kaki yang sedang melintas jalan hingga terbang terpelanting jauh.
Apa yang baiknya ialah hanya seorang sahaja mangsa sedangkan ketika itu ada beberapa orang lagi yang sedang melintas jalan tersebut.
Yang tidak baiknya tentulah kondisi mangsa yang dilanggar.
Yang peliknya pula orang yang lain seperti tidak perasan kejadian langgar lari tersebut.
✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿
BEZANYA ISTERI PRESIDEN MESIR DENGAN ISTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA
Isteri Presiden Mesir, Puan Najla' Mahmud mengulangi pendirian beliau sebelum ini menolak gelaran 'Wanita Pertama' untuk dirinya. Beliau turut mengulangi ucapan suaminya semalam bahawa Presiden tidak memiliki apa-apa hak melainkan kewajipan yang mesti ditunaikan yang berbeza dengan rakyat yang mempunyai hak sambil mengge...larkan dirinya sebagai 'Khadam Pertama' bagi menggantikan gelaran 'Wanita Pertama'.
Kata Najla' lagi, sesiapa boleh memanggilnya dengan "Ummu Ahmad" atau "Saudari Najla" atau juga "Hajah Najla" sambil mengingatkan bahawa Islam tidak pernah membezakan antara satu sama lain.
Selepas suaminya diumumkan sebagai Presiden, aktiviti pertama beliau ialah menziarahi ibu As-Syahid Mahmud Sulaiman, seorang pemuda yang terkorban dalam revolusi yang berasal dari wilayahnya, Syarqiyah.......
✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿
Monday, June 25, 2012
Seram...kisah hantu tali gantung ganggu penduduk
![]() |
| hiasan |
✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿
Jana Pendapatan - Jom Klik
Terjemahan:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”
(Imam As Syafie)



























