Saturday, March 31, 2012
Sedih & pilu..cuba selamatkan anak tapi ditembak mati bersama anak
OUCHHH.... BEGINILAH BILA TANGAN TERMASUK KEDALAM MESIN PENCINCANG KERTAS
Jemaah haji bakal guna kereta kabel ke gua Hira'
MAKKAH: Institut Penyelidikan Haji dan Umrah di Universiti Umm al-Qura menyiapkan kajian untuk memperkenal sistem kereta kabel bagi membawa jemaah ke gua bersejarah Hira’ dan al-Thur di Makkah.
Dekan institut, Abdul Aziz Saroji berkata, rancangan itu bertujuan memberi kemudahan kepada jemaah haji dan umrah, selain pengunjung ke bandar raya suci itu yang ingin melawat gua yang terletak di atas Jabal Nur dan al-Thur. Terdapat laluan 12 kereta kabel yang akan menghubungkan kawasan lembah ke gua di atas bukit itu.
Pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan universiti berkenaan, Adnan Qutb berkata, projek yang dirancang itu dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun. Menara dan tiang-tiang yang besar setinggi puncak gunung akan dibina untuk projek berkenaan, lapor akhbar Al-Madinah kelmarin.
Saroji pula berkata, institut itu menjalankan penyelidikan ekoran permintaan jabatan bertanggungjawab yang mendapati lawatan sedia ada ke tempat itu masa kini sangat berisiko dari segi keselamatan.
Beribu-ribu jemaah haji dan umrah termasuk warga tua dan wanita mengunjungi gua berkenaan apabila mereka datang untuk mengerjakan haji setiap tahun. Mereka melalui perjalanan sukar untuk mendaki gunung. Terdapat juga insiden terpencil apabila beberapa jemaah terjatuh dan meninggal akibat mendaki di masa lepas.
Gua Hira yang terletak di Jabl Al-Nour, 3.2 km dari Masjidil Haram, di mana al-Quran (wahyu) pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Gua Al-Thur terletak 4 km di selatan Masjidil Haram di mana Rasulullah dan sahabat baginda, Abu Bakar r.a bersembunyi ketika mereka dalam perjalanan ke Madinah semasa Hijrah. Kedua-dua gua telah menjadi tarikan utama bagi jemaah Haji dan umrah serta pengunjung ke kota suci.
Sumber: Arabnews.com
Benarkah rakyat meluat dengan PR - lihat gambar

Majlis diteruskan dengan Ceramah Perdana 'PUTRAJAYA BERMULA DISINI' oleh YB Tan Seng Giaw, Hj Muhammad Sabu, YAB Tok Guru Nik Aziz dan YB DS Anwar Ibrahim. Turut berucap YB Datuk Husam Musa.


Dirasuk 40 kali sehari
![]() |
| gambar hiasan |
“Sejak disihir, apabila ada ‘benda’ memasuki badan, saya hanya mampu bercakap di dalam hati kerana dikunci di dalam, seolah-olah dikawal seseorang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mani, Kuala Besar, di sini.
Menurutnya, sebelum dirasuk dia boleh merasa beberapa tanda awal sebelum mendakwa ada ‘benda’ misteri yang akan memasuki tubuhnya.
Wanita Potong Zakar Perogol

.
Seorang anggota polis berkata, mangsa mendakwa, suspek, Jeevat, menyerbu masuk ke dalam rumahnya malam semalam dan cuba merogolnya,
Mangsa melawan dan apabila lelaki itu terjatuh, wanita itu meluru ke dapur dan mengambil pisau sambil menjerit meminta tolong sebelum memotong kemaluan penyerangnya.
Jeevat dikejarkan ke hospital Maharaja Harischandra dan keadaannya disahkan stabil.
Bagaimanapun doktor berkata, mereka tidak dapat menyambung semula kemaluan lelaki itu. - Agensi
Pagar Parlimen Indonesia Diroboh Dalam Demonstrasi Pagar
Beginilah keadaan pagar Parlimen Indonesia yang musnah akibat perbuatan penunjuk perasaan.Friday, March 30, 2012
Kena rantai gara-gara ponteng sekolah
Angry dad in Cambodia chains his son, 13, to pole by his NECK after he skipped school to play computer games
Kenyataan Penuh Malique Tentang Pengharaman Lagu Bawaku Pergi
Bawaku Pergi - Zizan & Kaka
Pagi tadi, Zizan (Raja Lawak) menelefon saya mengatakan surat sudah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. dengan segera.Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan yang Zizan, Kaka & saya telah ditindas.Keputusan ini dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek & berkepentingan politik secara jelas’nya.Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali.Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu.Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya.Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut.Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata.Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart.Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang. Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?
Tangan kanak-kanak ini di gelek kerana mencuri?
Menurut sesetengah blog, kanak-kanak ini berusia 8 tahun dan telah ditangkap kerana mencuri roti dan sebagai hukuman tangannya yang kecil di akan gelek.

Sedih lihat wajah ini.... mungkin benar dia mencuri kerana lapar?

Hukuman akan di mulakan...........

Lihat wajahnya yang basah dengan airmata.....

Sedang menahan kesakitan


Kenapa Orang UMNO KEDAH tak suka UMI HAFILDA...?
Ini yang depa dok kata kat Kedah sekarang nie... depa mohon supaya pimpinan atasan memahami situasi politik di Kedah. Orang Kedah bukan suka dok cerita bab dalam kain nie.. depa nak tahu isu pemerintahan.. salah guna kuasa...apa yang boleh pemimpin nak beri kepada rakyat...itu antara yang mereka hendakkan...
Tetapi jika betina garik nie mai.. yang dia tahu cerita bab "DALAM KAIN SAHAJA" isu lain bukannya dia tahu... jadi kepada pihak yang dok bawak mai minah nie pikaiq la noo...
Kami puak PR lagi suka bawak mai laa sekerap mana pun... tak heran aihh.. yg nak dengaq pun orang UMNO jaa puak kami tak mau aihh dengaq cerita langau tuu
Kedahlanie
Video ngeri - lelaki tunjuk perasaan bakar diri akhirnya mati!

Payu dara bantu tambah umur lelaki?
Pakar yang mengetuai kajian itu, Dr Karen Weatherby berkata, tempoh 10 minit merenung payu dara wanita kesannya dari segi kesihatan bagi lelaki, menyamai bersenam selama 30 minit di gimnasium. (Saya tertanya-tanya mengapa dipanggil payu dara walaupun yang ‘membawanya’ ke sana ke sini bukan semestinya anak dara sahaja.)
Dr Weatherby bersama kumpulan penyelidiknya dikatakan menjalankan kajian itu selama lima tahun, melibatkan 200 lelaki Eropah. Tempoh yang lama itu barang kali sengaja ‘dilamputinggikan’ supaya orang ramai lebih yakin dengan penemuan mereka.
Jadi, kepada wanita, jika dada anda menjadi sasaran renungan, ingatlah bahawa lelaki yang merenung itu hanya mahu umurnya panjang, bukan untuk apa-apa!
Secara peribadi, saya sendiri meragui usia seseorang boleh jadi panjang hanya dengan merenung dada wanita. Tetapi saya pasti tidak menafikan jika yang dikatakan bertambah panjang itu bukan usia.
Apa pun, kita kena faham bahawa yang mengkaji itu bukan Islam. Yang dikaji, pun kita percaya bukan Islam. Dan yang meyakininya, biarlah bukan Islam juga.
Kita yang Islam, ada pegangan tersendiri mengenai usia, iaitu apabila tibanya ajal, tidak akan terlewat, atau terawal walaupun sesaat. Apa yang kita boleh lakukan hanya dengan berdoa minta ALLAH SWT memanjangkan usia, bukan dengan merenung dada wanita.
Bayangkanlah, jika satu kelompok masyarakat yang besar meyakini fakta kajian ini, bagaimana nasib golongan wanitanya?
Di mana-mana juga, dan pada setiap masa, mereka sudah tentu akan menjadi sasaran renungan oleh semua lelaki atas satu sebab yang disarankan oleh fakta kajian kumpulan cerdik pandai itu yang diiktiraf oleh sebuah institusi yang diiktiraf dan disiarkan pula dalam jurnal perubatan yang diperakui.
Ya, saya katakan semua kerana sudah tentu semua orang mahu berumur panjang. Ada yang tidak mahu berumur panjang? Jika ada, sila angkat tangan!
Saya sendiri pun akan buat begitu - jika saya berkeyakinan dengan fakta itu - malah di depan isteri pun saya berani untuk merenung dada wanita lain. Jika ditegur, saya sudah siap satu soalan khusus yang mahu ditanya kepada isteri: “Apa awak suka jika saya mati cepat?
Awak tak sayangkan saya???”
Anda sendiri pun tahu jawapannya. Maka dengan itu, bebaslah untuk saya merenung dada mana-mana wanita yang saya suka.
Dan jika dia tanya mengapa saya hanya renung dada wanita muda, pun juga saya ada jawapannya: “Doktor mata pun nasihatkan, kalau mata kita letih, kita kena renung sesuatu yang segar, fresh, bukan yang sudah layu. Saya bukannya apa, bimbang kalau merenung yang sudah layu, akan buat saya pendek umur.”
Tetapi, itu hanya jika saya meyakini kajian oleh Dr Weatherby dan Rakan-rakan, sedangkan hakikatnya, saya tidak percaya!
Seorang kawan, lain pula pandangannya ketika kami berbincang mengenai topik ini.
Tanpa sebarang kajian, dia membuat kesimpulan seperti ini: Ada kemungkinan jika direnung payu dara yang sama setiap hari, boleh pendek umur. Sebab itu, lelaki dibolehkan berkahwin sampai empat kerana dengan merenung empat pasang payu dara yang berlainan, umur boleh panjang!
Seperti penemuan kajian Dr Weatherby dan Rakan-rakan, saya nak nasihatkan, pendapat kawan saya ini pun janganlah anda percaya!
Raja Kechil Sulong Perak, Raja Ashman Shah Mangkat
Jenazah beliau telah dibawa ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 6.30 pagi tadi dan akan disemadikan selepas Asar di Makam Diraja Al- Ghufran, Bukit Chandan.
Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember 1958 dan telah diisytiharkan sebagai Raja Kechil Bongsu Perak Darul Ridzuan pada 11 Mei 1987. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England, dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Cambridge University, Barrister-at-Law daripada Lincoln's Inn, London, serta Diploma Undang-Undang Perniagaan, University of London, England. Jawatan terakhir yang disandang beliau sebelum kemangkatan ialah Raja Kechil Sulong Perak dan menjadikan beliau Pewaris Keempat Takhta Kerajaan Perak ( Heir to the throne ).
GAMBAR TERKINI SULTAN KELANTAN BERSAMA TUAN GURU LIHAT BETAPA MESRANYA





Jana Pendapatan - Jom Klik
Terjemahan:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”
(Imam As Syafie)



















.jpg)





