Mengejutkan...Yahudi berwajah Melayu!

By
Advertisement

Terkejut tak bila tengok gambar ni dan dapat tau dia adalah dari suku Yahudi?
Macam Melayu aje rupanya kan.... ni yang buat ai saspen nih.







50 orang warga India yang diyakini keturunan dari salah satu suku Israel yang hilang tiba (24/12/2012) di negara Yahudi bagi menyelesaikan proses imigresen mereka.

Menghubungkan dengan ahli keluarga yang sudah menetap di Israel, mereka adalah salah satu dari gelombang pertama imigresen seramai 7200 masyarakat Bnei Menashe yang menuju ke 'negara' Yahudi tersebut.

Orang-orang India tersebut berkata mereka adalah keturunan dari 10 suku yang tinggal di kerajaan Israel yang terdapat dalam Taurat dan tersebar setelah pencerobohan Asyur di tahun 721 SM.
Michael Freund dari kelompok Shavei Israel (yang bermaksud "orang-orang yang kembali ke Israel" dalam bahasa Ibrani), telah mengatur perjalanan mereka memberitahu lebih daripada 7000 orang telah meminta bantuan daripada kerajaan Israel untuk berpindah dari India.




"Para anggota suku ini tidak pernah lupa dari mana mereka berasal dan kami sangat gembira untuk dapat membantu mereka datang kembali," katanya kepada AFP, menambah bahawa beratus-ratus orang yang lain dijangka akan tiba dalam beberapa minggu akan datang.

Lebih daripada 1700 anggota dari masyarakat Bnei Menashe sudah tinggal di Israel.

http://wasukalu.blogspot.com/2012/12/nak-tengok-bukti-melayu-itu-yahudi-meh.html
http://padukabanijawisedunia.blogspot.com/p/alter3.html


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

2 comments:

hasrul hassan said...

As-Salam. HH pernah buat beberpa entri mengenai Melayu yang dikaitkan dengan Bani Israel. Ada 3 entri yang nampak agak panas di blog.

Baca ini: http://www.hasrulhassan.com/2011/12/siapa-melayu-dan-asal-usul-melayu.html

Raudzah Zahari said...

Hmm sebijik..bia benar..harap-harap dia orang benar-benar tak ada kaitan dengan Melayu kan..tapi bila fikir balik..melayu ni sebenarnya agak bersepah di muka bumi ni cuma tak tau dia orang islam ke tidak..

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.