Artis Kawin Lari Tapi Majlis Sungguh Meriah

By
Advertisement


Iskkk...... tak paham...tak paham.....hahaha...sebab aku bayangkan bila kawin lari ni mesti nikah jauh2 kat sempadan Siam atau pun luar negara. Apa pun kita doakan yang baik2 aje untuk pasangan mempelai.... masalah dalaman orang tak usah kita sibuk2kan.....kan kan?


Gambar Majlis Pernikahan Siti Fazurina Dan Hykal

Perkahwinan Siti Fazurina dan Hykal boleh dikatakan penuh dengan kontroversi.

Siti Fazurina telah dikatakan kawin lari oleh keluarganya. Tapi bila melihat majlis 

pernikahan Siti Fazurina dan Hykal nampaknya seperti majlis artis yang lain meriah 
dan siti Fazurina begitu cantik sekali.

Siti Fazurina dan Hykal di majlis pernikahan mereka

Fazurina memohon maaf kepada pihak media kerana tidak menghantar jemputan bagi 

menghadiri majlis pernikahannya pada Khamis lalu. Bagaimanapun, Fazurina berjanji 
akan menjemput pihak media untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinannya pada 
9 Februari hadapan di Pulau Pinang.

Bercerita sedikit tentang jejaka pilihannya itu, Fazurina memberitahu Hykal merupakan 

rakan perniagaanya sebelum ini. Selain itu, Hykal juga terlibat dengan kerja-kerja pembinaan.
Siti Fazurina sangat cantik memakai pakaian pengantin
Gambar perkahwinan siti Fazurina

 “Hykal bukan pengurus Rina, sebaliknya dia adalah rakan perniagaan untuk produksi 
yang Rina miliki. Selain itu, Hykal juga mempunyai perniagaan dalam kerja-kerja
 pembinaan,” ujar Rina.

Kepada Fazurina dan Hykal, selamat pengantin baru. Layari rumahtangga dengan

 penuh kesabaran. Lebih-lebih lagi dengan dugaan yang telah menimpa anda. 
Semoga berbahagia sehingga ke hujung hayat. Kredit gambar kepada 
Facebook The Photolicious.






✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

2 comments:

abah khalisha said...

Tau tkpe..kadang-kadang akhbar yg kasi hot

UniMeOw said...

hmm..pape pon smoga bhagia la..:)

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.