RAIS YATIM SURUH RAKYAT NILAI SENDIRI AKSI SEKS PASANGAN PELAJAR NI SAMADA BOLEH DITERIMA ATAU TIDAK - BIAR BETUL???

By
Advertisement

SKMM keberatan mendakwa pasangan kekasih berkenaan blog seks???


KUALA LUMPUR, 18 Okt — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini berkata keberatan untuk mendakwa pasangan muda Malaysia yang menyiarkan gambar dan video aksi seksual mereka dalam blog kerana ia akan menjejaskan masa depan pasangan tersebut.
“Jika saya pergi mencari mereka, ia akan menjadi kes jenayah ... masa depan mereka akan terjejas,” Pengerusi SKMM, Datuk Sharil Tarmizi memberitahu The Malaysian Insider.
“Cukuplah,” tambah beliau merujuk kepada penyiasatan telah diumumkan oleh Lembaga Disiplin Universiti Nasional Singapura (NUS).
Alvin Tan Jye Yee rakyat Malaysia yang mengambil jurusan undang-undang pemegang di NUS dan teman wanitanya Vivian Lee dilihat terlibat dalam beberapa perbuatan seks dalam laman blog “Sumptuous Erotica” milik mereka.
Dilaporkan awal hari ini bahawa kedua-duanya menghadapi kemungkinan pendakwaan jenayah dan dipenjarakan jika disabitkan kesalahan kerana mempamerkan bahan-bahan lucah selepas mereka memasukkan gambar-gambar dan video aksi seks mereka di blog, yang telah dibuang selepas heboh baru-baru ini.
Polis Jenayah Komersil Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata semalam bahawa pihak berkuasa mempertimbangkan mengambil tindakan terhadap kedua-duanya pasangan tersebut kerana melanggar undang-undang menyebarkan bahan-bahan lucah.
Beliau mengatakan perkara tersebut akan dirujuk kepada SKMM terlebih dahulu.
Di bawah seksyen 292, Kanun Keseksaan, pasangan itu boleh didakwa di bawah undang-undang tersebut adalah penjara selama tiga tahun atau denda.
Terdahulu hari ini, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim  telah dipetik sebagai berkata bahawa beliau akan membiarkan orang ramai untuk menilai sama ada tingkah laku pasangan tersebut boleh diterima atau tidak.
Pada Jun tahun lalu, trio ‘Datuk T’ ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, telah didakwa di bawah seksyen yang sama, Kanun Keseksaan, kerana memiliki dan menyiarkan bahan lucah berhubung video yang mereka katakan menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pelacur.
Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah dan kemudiannya didenda. Shazryl Eskay didenda RM3, 000 atau penjara tiga bulan, Shuib didenda RM1, 500 atau dua bulan penjara, dan Abdul Rahim didenda RM1, 000 atau penjara sebulan.
Dalam blog seks mereka, Lee dan Tan berkongsi gambar-gambar seks dan video yang menggambarkan pasangan tersebut dalam pelbagai aksi telanjang dan melakukan seks.
Imej-imej berbeza daripada potret artistik pasangan tersebut, untuk menutup kemaluan mereka.
Posting tersebut telah pun dipadam oleh pasangan itu, meninggalkan hanya halaman diarkibkan dengan posting sebelumnya sejak dari bulan 20 September sehingga 15 Oktober, akan tetapi gambar-gambar dan video dari blog itu telah pun diedarkan oleh laman "Gutter Uncensored".





NGOK NGEK PUNYA MENTERI. ISU MORAL MACAM NI PUN NAK SURUH ORANG RAMAI YANG NILAI SAMADA BOLEH DITERIMA ATAU TIDAK..... OHHH APEKAH INI PETANDA OTAK MU DAH TAK BOLEH FIKIR SAMPAI KENA MINTA PENDAPAT RAKYAT. APA? INGAT RAKYAT MALAYSIA KEMARUK VIDEO LUCAH KE.... YANG KEMARUK BUAT VIDEO LUCAH TU UMNO JE.... YANG SUKA TAYANG VIDEO LUCAH TU BULETIN  3 SUKU.... YANG SELALU MELAPOR AKHBAR UTUSAN SEKS ....UWEKKK !!!! 
KALAU MACAM NI LA RESPON DARI ORG ATASAN MAKNANYA BUANG MASA JE LA BUAT OPERASI VCD LUCAH TU..... PENIAGA VCD LUCAH PULAK BOLEH TUKAR STRATEGI LEPAS NI.... JUAL ON9 JE.... JADI TAKDE LA MENJEJASKAN MASA DEPAN KORANG.... SAPA-SAPA PUN BOLEH BERLAKON BUAT VIDEO SEKS PASNI.... KERAJAAN MALASYIA GERENTI TAK AMBIK TINDAKAN SEBAB KALAU BAB MORAL NI MEKA MEMANG OPEN MINDED SAAAAANGATTTT...... MANA BOLEH SEKAT KREATIVITI ANAK MUDA KAN (NI SALAH SATU CONTOH)??? 
EHHH.... TAK SABARNYA  NAK TUNGGU PRU 13.... 



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

6 comments:

hajar said...

dah lama perasan akan kebodohan menteri ini... huhu..

aiyang said...

hehehe.....

Mak Wardah said...

Aiyang, sedih dan kesal sgt...gud n3. Tqvm

Mak Wardah said...

Aiyang, sedih dan kesal sgt...gud n3. Tqvm

Mak Wardah said...

Aiyang, sedih dan kesal sgt...gud n3. Tqvm

Mak Wardah said...

Aiyang, sedih dan kesal sgt...gud n3. Tqvm

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.