perempuan yang baik......

By
Advertisement



Bila seseorang wanita post gambarnya di Facebook, kemudian ada orang comment, "Cantiknya awak.""Waah.. Comelnya", "isyh keibuannya wajah" atau apa2 yang seertinya dengannya, khususnya dari lelaki bukan mahram atau juga wanita lain. Kemudian, apakah respond si wanita? Bagaimanakah response yang terbaik sebagai tanda dia seorang calon isteri solehah?. 

Biasanya ramai wanita yang menjawab "Thanks", 
"Terima kasih" atau "Alhamdulillah" atau "eh tak ada lah, biasa2 aja" (kononnya tawadhu') dan sebagainya. Adakah itu satu petanda akan sifat yang baik?

Menurut pendapat saya, perempuan yang baik, sangat elok untuk dijadikan calon isteri, ialah apabila muncul komen sebegitu, dia akan DELETE gambar tersebut daripada Facebooknya, tanpa sebarang komen lagi.

( dikopipes dari fb Ustaz Zaharuddin Abd Rahman )
hurmmm....betul sangat-sangat..... 
aku selalu jumpa kat fb perempuan yang sangatttt suka post gambar sendiri..... ambil guna hp pastu post..... yang hairannya tu bukan anak dara sahaja.... mak2 dara pun sama. Motif? Entah tak tahu lah apa ada dalam hati dorang. Mungkin sebab mereka cantik dan memang suka dipuji-puji untuk menaikkan semangat dan menghilangkan stress. Rasanya kalau sesekali tu tak pelik kot sbb nak tukar dp tapi kalau dah rutin? Buang tebiat ke apa.....hehehe (ayat mcm org jeles jeee.....). 

Ada sekali tu ntah mcm mana aku terjumpa satu fb kakak ni..... (dah lama dah) Ya Allah..... setiap kali nak tido dia ambik gambo terlentok2 manja dan post kat fb dengan ucapan selamat malam....... kakak tu memang la cantik putih melepak dan memang la banyak sangat komen memuji2 dr lelaki dan perempuan juga..... mungkin tu ubat tido dia kot (bersangka baik) ye manalah tahu kan.... dia ada penyakit hanya boleh tido setelah dipuji2.....ahakssss. (ehhh.....aku mengumpat ke apa nih).

Sebenarnya dah banyak kali sangat ustaz2 pesan kat fb (bg yg suka add ustaz sebagai rakan @ LIKE page pak ustaz) tentang dosa-dosa fb dan ramai yang share juga untuk tatapan rakan2 TETAPI sejauh mana mesej itu sampai ke HATI wallahuaklam. Bagi yang terang hati tu sekali je ustaz cakap paham dan insaf tentang segala salah laku TAPI bagi yang ada sedikit degil tu.... jawabnya ADA AKU KESAH??? 

Tak pe... tak pe.... belum terlambat lagi untuk berubah menjadi baik dan semakin baik. Bersyukur, dengan teknologi yang ada sekarang ini mudah sangat bagi kita untuk mendapat ilmu2 akhirat. 

Salam Jumaat dari Aiyang.....peace yooo!!!












✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

1 comments:

Mohd.Fareez@Sham said...

Sangat sangat setuju.. Ntah apalah motif dorang tayang2 kat fb tu ya.. Siap buat mula comel walaupun mcm gampang jee..

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.