8.10.12

Lihat keberanian pemburu madu di Nepal....


Kehidupan Pengutip Madu Lebah di Nepal



Memburu Madu adalah salah satu daripada banyak aktiviti yang merupakan sebahagian daripada budaya peradapan kuno. Para saintis telah menganggarkan berdasarkan dokumentasi lukisan di batu bahawa memburu madu telah dipraktikkan dari dahulu 13.000 SM.

Di Nepal, memburu madu telah dipraktikkan selama beribu-ribu tahun dan menjadi bahagian penting dari budaya Nepal. Beberapa penduduk kampung di Nepal menggantungkan hidupnya dari hasil memburu madu, dan nepal adalah rumah bagi laboriosa Apis, yang merupakan jenis lebah madu terbesar di planet ini. lebah ini membina sarang mereka di kaki tebing bukit, dan menyaksikan para pemburu madu di tempat kerja adalah pemandangan yang wajib dilihat jika anda berkunjung di nepal.



Kerana sarang lebah berada di tebing maka para pemburu madu menggunakan tangga tali dan bakul untuk sampai ke sisi tebing. namun sebelum mengambil madu, mereka terlebih dahulu membakar ranting2 dibawah tebing dengan tujuan agar asap dari pembakaran tersebut membuat lebah2 itu pergi sementara dan tidak menggigit para pekerja.








Penuaian madu biasanya berlaku dua kali setahun. Untuk memetik satu koloni lebah biasanya para pemburu madu memerlukan masa dua hingga tiga jam, bergantung pada lokasi sarang dan ukurannya. Ritual tuai, bermula dengan doa dan pengorbanan dari bunga, buah, dan beras. Lalu api menyala di dasar tebing untuk menghalau lebah dari sarang mereka. Dari atas, pemburu madu menuruni tebing menggunakan tali. tugas pemburu yg lain menjaga tali dan tangga dari atas dan bakul kecil naik digunakan untuk menampung hasil buruan. pemburu madu bejuang melawan lebah saat ia memotong potongan madu dari sarang.









Ada beberapa biro perjalanan pelancongan yang menawarkan pelancongan untuk melihat perburuan madu, pengunjung dapat menikmati keindahan dan kemegahan pemandangan Nepal dan haiwan liar serta menyaksikan perburuan madu yg sangat menarik. Tujuan perburuan madu paling popular terletak di Bhujung, Nai Chi, Pasgaon, Naya Gaun, Ludhi dan Dare. Pelancong akan kagum pada kelajuan dan keberanian para pemburu madu, yang menggantung dari tebing untuk mencari nafkah, dan mengagumi teknik kuno yang masih digunakan sampai sekarang.










detik77.blogspot.com

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

1 comment:

Buatbest said...

demi sesuap nasi,bahaya pun terpaksa diketepikan..tinggi betul tebing tu..guna tali sahaja..

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...