3.10.12

TOLONG BANTU ! BEKAS PEMAIN BOLA SEPAK SELANGOR DAN PERLIS, (EZMI MD JAN) MENGHIDAP KANSER HIDUNG



Jom sesama kita menyumbang sedikit sumbangan kepada >> saudara EZMI MD JAN yang sedang menghidapi kanser hidung tahap 4 sekarang ini...
Sangat sedih mengena

ngkan nasib beliau...
Jom lah.... Walaupun sepuluh sen ....

Disini saya sertakan sekali no acc adik pesakit alamat, & no telefon.

ACC : SITI MARIAM BT MD JAN (Adik kepada Ezmin Md Jan)
162076594008 (MAYBANK)
Alamat : 1332 KG SENTOSA BATANG KALI
No. Telefon : 0360571804
BATANG KALI - Bekas ketua pasukan bola sepak Sukan Malaysia Selangor 1998, Ezmi Md. Jan merayu mana-mana pihak menghulurkan bantuan bagi meringankan beban penyakit kanser hidung yang ditanggungnya sejak dua tahun lalu.

Bek tengah Selangor 1989 hingga 1999 dan sempat mewakili Perlis pada 2000 itu kini terlantar di rumahnya di Kampung Sentosa di sini, sejak menjalani pembedahan hidung di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.
Akibat penyakit itu, Ezmi, 35, bapa kepada sepasang anak lelaki dan perempuan yang berusia tujuh dan 10 tahun, sukar bertutur dengan jelas dan terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan.

Bapanya, Md. Jan Nipang, 66, berkata, anak sulungnya itu sudah menjalani dua pembedahan di dua pusat perubatan akibat penyakit berkenaan dan masih dalam cuti sakit di bawah majikannya, sebuah pihak berkuasa tempatan.

Katanya, mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada Ezmi, boleh datang ke kediamannya di alamat 1322, Kampung Sentosa, Batang Kali, Selangor atau di talian 016-3807426.
Sementara itu, ramai rakan seangkatan Ezmi semalam turun kembali ke padang untuk mengadakan perlawanan persahabatan bagi mengutip derma dalam meringankan beban penderitaannya.

Mereka yang mewakili pasukan Pilihan Bekas Pemain Selangor dalam perlawanan di padang Sekolah Syed Mashor, tidak jauh dari kediamannya ialah Azrin Shah Zainal, Jamsari Sabian dan Shahriman Karim yang menentang pasukan Pilihan Hulu Selangor Boys.

Kata Shahriman, inilah perlawanan persahabatan kedua bagi Bekas Pemain Selangor selepas menentang Majlis Perbandaran Subang Jaya di Subang Jaya, beberapa hari lalu dan pihaknya menyeru lebih banyak pihak yang tampil membantu Ezmi menerusi perlawanan seumpama ini.

"Beliau seorang yang berbakat besar dan banyak jasanya kepada bola sepak Selangor antaranya menyumbangkan pingat emas Sukan Malaysia 1998 dan kejohanan remaja," katanya.






✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

9 comments:

umie said...

thanks sebb kasi info ni..salam perkenalan..:-)

mama maman aka yana said...

mama tgk kat tv3.. kat majalah 3 kot.. sian kan.. dugaan beliau gitu sekali.. semoga beliau kuat dan tabah menghadapi dugaan nih..

Khalilah said...

Ujian dari Allah buat beliau... Semoga dikurniakan kekuatan dan kesihatan yang lebih baik... (T_T)

Mak Wardah said...

Tqvm aiyang, insyallah akak akan bantu

Mak Wardah said...

Tqvm aiyang, insyallah akak akan bantu

Mak Wardah said...

Tqvm aiyang, insyallah akak akan bantu

Mak Wardah said...

Tqvm aiyang, insyallah akak akan bantu

black rose said...

assalamualaikum..
saya seorg perawat Islam. insyallah saya akan scan dan buat rawatan secara jarak jauh. semoga ALLAH perkenan doa dan usaha saya ini. amiin...

black rose said...

assalamualaikum..
saya dah scan secara scan kedua iaitu secara zikir, saya nmpk kelibat dua makhluk spt toyol(tapi bkn toyol) tapi lagi panjang warna klabu keputihan sdg meniarap dgn bontot mrk terangkat...
saya akan scan secara solat iaitu secara lagi menyeluruh, bila sampai masanya nanti...insyallah...

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...