21.10.12

Awas! Produk Pelangsing Acai Berry Mengandungi Racun Berbahaya

Wahai wanita-wanita yang nak sangat kurus tu sila la sayangi nyawa anda. Jangan la kerana nak kurus sanggup telan racun. nnt bukan setakat kurus.... terus jadi mayat pun boleh,  nak ke....???
Eheee...... sebenarnya dulu aku pun hampir2 nak membeli bila hari2 dok tengok iklan produk ni je kat fb.... tapi aku guna khidmat encik google dulu.... encik google kata produk ni ada racun sibu. eeeiii..... tak jadiiiii..... nasib baik. pastu ada la penjual yang bergaduh2 pasal ni... meka kata produk meka ada kelulusan la itu la ori la pack kat msia la selamat la.... ha ah selamat sangatttt..... ni baca bawah niiii. pastu aku cari page yang jual produk ni.... haaa sonyap tak berjawab soalan pelanggan.... ada yang dah takut sebab dah makan.... nasib ko la kakak..... tu la nak kurus sangatt.... tapi makan tak tak mau sikit...puiiii ( eeiiii pengotornya aku....sejak bila aku pandai puiii2 nih) ekekeke.....

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

RAMPAS...anggota penguat kuasa merampas pil herba terbabit dalam serbuan, semalam.
KUALA LUMPUR: Tiga salun kecantikan digempur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikenal pasti menjadi ejen menjual ‘herba ajaib’ yang dipercayai mampu menurunkan berat badan antara 10 hingga 15 kilogram dalam tempoh kurang daripada sebulan.

Lebih memeranjatkan apabila siasatan mendapati pil herba pelangsing badan yang ditawarkan mereka itu diseludup masuk ke negara ini melalui taktik membuat pengisytiharan palsu ketika melepasi pemeriksaan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Tambah menakutkan apabila kandungan pil yang dikatakan dihasilkan daripada sejenis herba terpilih kononnya berasaskan buah acai berry itu dicampur racun Sibutramine yang boleh membawa maut dan penyebab sakit gila.

Timbalan Pengarah Farmasi (Kuatkuasa) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Jaafar Lassa berkata, serbuan jam 11.30 pagi semalam dilakukan serentak di dua salun kecantikan di Kota Damansara dan Shah Alam manakala satu lagi di Terengganu.

“Ketiga-tiga pemilik salun terbabit menyeludup produk berkenaan melalui China sebelum dipasarkan kepada pelanggan di seluruh Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada suri rumah, kakitangan kerajaan dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT),” katanya.

Beliau berkata, mereka menjalankan perniagaan secara atas talian dengan membuat pengiklanan melalui laman facebook sebelum mengepos pesanan pelanggan mereka menggunakan pos laju.

“Produk yang mengandungi 30 pil berbentuk gel bagi pengambilan selama sebulan ini dijual RM70 hingga RM120 sebotol.

“Mereka yang dipercayai sudah bergiat aktif sejak setahun lalu mengaku mampu meraih keuntungan lumayan iaitu RM50 sebotol,” katanya.

Difahamkan, seorang daripada pemilik terbabit menggunakan taktik pembungkusan semula dengan meletakkan label syarikatnya sendiri pada produk berkenaan bagi mengelakkan ia dikesan pihak berkuasa.

Dalam serbuan berkenaan, lebih 450 botol pil berkenaan dengan nilai mencecah RM70,000 dirampas termasuk produk tidak berdaftar yang lain dipercayai pil vitamin mengandungi racun Dexamethasone dan Hydroquinone untuk mencerahkan kulit.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

2 comments:

pcbahar said...

Aku dah lama meluat dengan produk acai beri ni.. Macam la ia ibu segala ubat... Tengok la penjual produk monababi tu, punya berlagak mengalahkan tuhan... Semua penyakit boleh sembuh konon... Bior mampuih..

Unknown said...

Cik Kak Aiyang!! Blog Cik Kak dah saya link dgn blog saya, sudi kiranya blog saya pun di link kan dgn blog Cik Kak..

TQ

http://kopitarikkaw2.blogspot.com/

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...