1.10.12

ASIK TERPANJANG JE KALI NI TERAMAI LA PULAK....


 Rekod Tetamu Paling Ramai Pada Majlis Persandingan Anak Ketua Menteri Melaka (6 Gambar)



Seramai 130,000 tetamu hadir pada majlis persandingan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan isteri, Datin Seri Asmah Abdul Rahman, di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, semalam.

Ia sekaligus telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis paling ramai dihadiri tetamu dalam satu masa. Sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh wakil MBR, Zulhairi Md. Zin kepada Mohd. Ali.

Majlis persandingan Mohd. Ridhwan, 26, dan pasangannya, Nur Azieha Mohd. Ali, 26, bermula pada pukul 10 pagi dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dari seluruh negeri Melaka.
Turut berangkat ke majlis itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kemudian berkenan menepung tawar pasangan mempelai.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin yang merupakan datuk kepada pengantin perempuan turut hadir. Pastinya, majlis itu akan menjadi kenangan terindah buat pengantin.







syabas rakyat Malaysia.....  tehehehe....
boring gak la kan asik cipta rekod terpanjang jerkkk...... jalur gemilang terrr.....panjang daripada tempe,
dan lain-lain lagi yang terrr....panjang maka kali ini cipta rekod tetamu terrrr....ramai pulak. Fuhhh..... banyak ongkosnya ni pak.....

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...