Misteri Lata Bayu : Lelaki laungkan azan hilang tanpa jejak

By
Advertisement
Salah seorang lelaki yang sesat maut dipatuk ular



BALING - Salah seorang daripada empat lelaki dan seorang perempuan yang  sesat dalam hutan berdekatan Pusat Peranginan Lata Bayu, Baling dilaporkan mati akibat dipatuk ular manakala seorang lagi tenat setelah dua hari berada dalam hutan tersebut.


Kejadian itu dimaklumkan salah seorang rakan mangsa menerusi sistem radio amatur yang digunakan kumpulan terbabit.

Kelima-lima mangsa yang dikatakan berasal dari Selangor itu tidak sempat menyampaikan maklumat lengkap mengenai kedudukan dan identiti mereka setelah sistem radio yang digunakan itu tidak dapat berfungsi.

Keadaan itu mengakibatkan komunikasi antara kumpulan berkenaan dengan pengguna radio amatur  lain terputus seterusnya menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, kejadian itu disedari setelah kumpulan berkenaan  memancarkan isyarat kecemasan menerusi radio amatur mereka pada jam 10 malam kelmarin.

Menurutnya, isyarat itu diterima pengguna radio amatur seluruh Semenanjung Malaysia sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa di sini, termasuk penduduk kampung.

“Kali terakhir kumpulan itu dihubungi pada jam 7 pagi semalam. Salah seorang rakan kumpulan itu sempat memaklumkan mereka berada di kawasan cerun dan seorang rakan mereka meninggal dunia akibat dipatuk ular dan seorang lagi sedang tenat,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kumpulan radio amatur di sini cuba dapatkan maklumat lengkap mengenai kumpulan itu, tetapi tidak berhasil setelah radio yang digunakan kumpulan itu tidak berfungsi.

“Justeru, kita tidak mengetahui berapa lama mereka berada di dalam hutan berkenaan, termasuk maklumat ahli keluarga mereka.

“Polis juga tidak terima laporan perjalanan ke hutan oleh kumpulan terbabit sebelum ini dan menyukarkan pihak berkuasa mendapatkan maklumat dan menjalankan siasatan,” katanya.

Lancar operasi menyelamat

Mat Daud berkata, operasi mencari dan menyelamat melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan awam, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) termasuk penduduk kampung dan pertubuhan sukarelawan dilancarkan  pada jam 3 pagi sehingga 7 pagi semalam.

Operasi yang diteruskan pada jam 9 pagi itu tidak menemukan sebarang petanda mahupun jejak kumpulan berkenaan.

Menurutnya, penduduk yang berpengalaman di dalam hutan juga tidak menemukan sebarang jejak walaupun telah mencari sejauh tiga kilometer di dalam hutan tersebut.

“Namun begitu, anggota yang terlibat masih lagi berjaga di pekarangan Lata Bayu sehingga jam 6 petang ini (semalam). Setakat ini, kita masih menunggu maklumat lengkap terutama laporan polis oleh ahli keluarga kumpulan tersebut.

“Laporan berkenaan sedikit sebanyak dapat mengesahkan kejadian itu benar-benar berlaku ataupun hanya penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Terdapat beberapa penduduk yang mendakwa ternampak kelibat salah seorang lelaki yang melambai ke arah mereka ketika operasi menyelamat dilakukan.

Penduduk yang hanya mahu dikenali Mat berkata, terdapat seorang mangsa yang tidak berbaju dan berseluar pendek melambai ke arah kumpulan penyelamat awal pagi semalam.

Menurutnya, dia bersama rakan-rakannya memberikan salam dan melaungkan azan ke arah lelaki berkenaan yang berada 50 meter dari kedudukan mereka.

“Salam kami dibalas, malah lelaki itu turut melaungkan azan. Jadi, saya dan rakan-rakan pun bergerak ke arah lelaki berkenaan kerana yakin lelaki itu adalah salah seorang mangsa yang sesat dalam hutan itu.

“Namun, setelah sampai ke lokasi lelaki tersebut, lelaki itu hilang tanpa sebarang jejak,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kejadian itu tidak melemahkan semangatnya kerana ia merupakan kejadian yang sering berlaku dalam hutan.

“Kita akan meneruskan operasi mencari kerana bimbang sesuatu yang lebih buruk berlaku kepada kumpulan tersebut,” katanya.

Mat berkata, kejadian yang pertama kali berlaku di kawasan itu turut menimbulkan beberapa persoalan dalam kalangan penduduk setempat, termasuk pasukan penyelamat.

“Kami tidak ada maklumat lengkap dan sahih mengenai kejadian ini. Ia hanya berdasarkan maklumat menerusi sistem radio. Namun, kita akan terus mencari sehinggalah mendapat kata putus daripada pihak berkuasa,” katanya.



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

1 comments:

hajar said...

smg mereka sume selamat....

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.