Malang.... anggota penguatkuasa disembur air!

By
Advertisement
Kenderaan Jabatan Penguat kuasa MPSJ disembur air oleh seorang pemilik bengkel ketika menjalankan tindakan penguatkuasaan.

SERDANG – Rutin sepasukan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melaksanakan tugas bertukar malang apabila pemilik sebuah bengkel kenderaan bertindak menyemburkan air dari pili bomba ke arah mereka menyebabkan kesemuanya kebasahan, pagi Selasa lalu.

Difahamkan, insiden berlaku ketika anggota penguat kuasa sedang menulis notis amaran untuk ditampal pada cermin kenderaan diletakkan di luar premis yang didakwa menyebabkan kacau ganggu kepada orang awam.

Bagaimanapun, tindakan anggota dipercayai tidak disenangi pemilik yang kemudian mengambil saluran paip menyambungkannya dengan sebuah kenderaan bomba sukarela dan pili bomba sebelum bertindak menyembur air ke arah anggota.

Tidak cukup dengan itu, pemilik bengkel itu juga dikatakan memancutkan air ke dalam van milik Jabatan Penguat Kuasa MPSJ dipercayai bagi menghalau dan menghalang kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu daripada melaksanakan tugas.

Pengarah Jabatan Penguat kuasa MPSJ, Ahmad Hasan berkata, anggotanya ke bengkel terletak di Taman Seri Serdang itu selepas menerima aduan mengatakan tempat itu banyak kereta buruk yang menghalang laluan.

Katanya, anggotanya kemudian datang menyiasat aduan dan mendapati terdapat banyak kereta buruk di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, penerangan mengenai kesalahan diberi kepada pekerja bengkel sebelum notis amaran ditulis anggota untuk ditampal di kenderaan yang menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam.

“Ketika sedang menulis notis itu, pemilik bengkel yang juga dipercayai anggota pasukan beruniform sukarela bertindak menyemburkan air daripada pili bomba kepada anggota penguat kuasa hingga menyebabkan kesemua mereka basah.

“Susulan kejadian, anggota membuat laporan di Balai Polis Serdang,” katanya itu bukan kejadian pertama anggotanya diserang apabila baru-baru ini sepasukan anggota yang membuat serbuan di sebuah premis dikepung dan hampir diserang sekumpulan warga Myanmar bersenjatakan parang dan batang besi. SH


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.