24.9.12

MAJLIS AKAD NIKAH PUTERI HAJAH HAFIZAH SURURUL BOLKIAH & PENGIRAN HAJI MUHAMMAD RUZAINI



Puteri Sultan Brunei, Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, 32, dinikahkan dengan pilihan hatinya, Pengiran Muhammad Ruzaini Pengiran Dr Mohd Yakub, 29, dengan penuh meriah di masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien pada 21 September 2012.




Puteri Hafizah merupakan anak kelima kepada Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Pengiran Anak Saleha. Kedua-dua pengantin adalah penjawat awam. Puteri Hafizah bekerja di Kementerian Kewangan, manakala suaminya di Pejabat Perdana Menteri.

Menariknya, kedua-dua mereka bernaung di bawah Menteri yang sama kerana Sultan Hassanal Bolkiah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan di Brunei Darussalam.


Tahniah kepada Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Pengiran Anak Saleha kerana menerima menantu baru. Selamat Pengantin Baru buat Puteri Hafizah Sururul Bolkiah ♥ Pengiran Muhammad Ruzaini.

Sejuk mata memandang pasangan diraja dan kerabatnya yang menutup aurat dengan sempurna. Kalau di Malaysia, masing-masing pakat tayang fesyen rambut.  SUMBER




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...