Petua Imam Al Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar

By
Advertisement




Maksud Lailatul Qadar


Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (malam ketetapan) adalah satu malam 
penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam al-Quran 
digambarkan sebagai malam yang baik dari seribu bulan. Dan juga 
diperingati sebagai malam diturunkan al-Quran.

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam berlaku 
pada satu malam daripada 10 malan terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam 
Lailatul Qadar.

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

Ahad atau Rabu malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 
29 Ramadhan
Isnin - 21 Ramadhan
Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan
Khamis - 25 Ramadhan
Sabtu - 23 Ramadhan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat 
menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut 
petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini 
sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda-tanda Lailatul Qadar

Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.

Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.
Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat 
dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis 
teresak-esak secara tiba-tiba.

Itu sahaja dapat dikongsi sempena bulan yang baik ini. Insyaallah kita 
akan bertemu dengan malam tersebut jika diizinkan oleh Allah S.A.W. 
Wallahu'alam.

kredit:rakangroup



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.