29.7.12

Pakaian kontinjen Malaysia paling hodoh? Lihat nih......



Kesiannya skuad Olimpik Malaysia
baca bawah nih.....


Sebuah blog luar negara telah memilih pakaian atlet malaysia sebagai antara yang paling menarik pada pembukaan sukan olimpik di london.

Malangnya pemilihan 19 pakaian kontinjen itu bukanlah pakaian yang menarik atau kemas, sebalinya adalah pakaian paling hodoh.

Berada di belakang Ukraine, malaysia menduduki tempat kedua pakaian hodoh dengan memakai pakaian yang entah apa jenis konsepnya, tambahan lagi songket bercorak kulit harimau itu nampak sangat ganjil dan terlebih menyerlah.

Bukan mahu memperlekeh, tapi inilah hakikatnya, sudahlah wang kertas ditukar jadi makin hodoh, logo kemerdekaan pun hodoh, lagu sambut kemerdekaan pun hodoh, pakaiaan yang sepatutnya mencerminkan negara ini pun diperhodohkan..

Siapa punya idea ni, sudah habis kah pereka dan perunding imej di negara ini, apakah mahu menjadikan segala-galanya buruk dan hodoh. sumber



Hodoh ke? Entah laaa..... aku tak arif sangat pasal fesen2 ni.... tambah2 lagi sejak Msia ada Citra Malaysia.... memang dah biasa pun dengan fesyen macam tu.... meriah dengan kaler2.... bloking kaler ke apa ntah namanya.

Mat Saleh tu mungkin bengap  tak paham konsep pakaian tradisi Malaysia nih..... ye la yang dia pi banding dengan Ralph Lauren, Giorgio Armani la.... LV la..... tu buat apa. Tak payah sentap lah pasal nih .... janji itu pingat emas kasi bawak balik.

Lagipun aku kesian kat kerajaan.... dah la kualiti duit baru dipertikai, logo hari kemerdekaan kena kutuk, lagu tema kemerdekaan pun kena hentam.... tambah lg dengan yang ni....ooooohhh boleh kena serangan jantung....ekekekekekekeke




✿*~ terima kasih kerana membaca entri ini ~*✿

1 comment:

Anonymous said...

hmm.. memang hodoh. betul la kata skrip kat atas tu..

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...