21.7.12

Lelaki lepas tembakan dalam panggung semasa tayangan Batman



DENVER: Sekurang-kurangnya 12 maut dan kira-kira 50 lagi cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah panggung wayang yang sesak dengan orang ramai ketika tayangan perdana filem terbaru Batman di Colorado.

Saksi yang ditemubual oleh media tempatan menggambarkan keadaan kelam-kabut ketika tayangan tengah malam filem “The Dark Knight Rises,” dan berkata penyerang itu melempar gas pemedih mata, kemudian melepaskan tembakan di dalam panggung yang sesak di Aurora, pinggir bandar Denver.
 
Ketua Polis Aurora, Dan Oates berkata, 10 terbunuh di tempat kejadian dan dua lagi meninggal dunia di hospital.

Dia berkata, polis menahan suspek berusia 24 tahun, James Homes dan “tiada bukti” mengatakan ada penyerang kedua.

Oates berkata, suspek mengaku mempunyai bahan peledak di rumahnya, dan kompleks apartment di mana dia tinggal sudah dikosongkan untuk siasatan.

Jurucakap Polis, Frank Fania berkata, suspek , mengenakan baju perisai dan mempunyai raifal, dua pistol tangan dan mempunyai beberapa bom asap untuk menyebabkan suasana kucar-kacir.

Aurora berdekatan dengan Sekolah Tinggi Colombine di mana pembunuhan beramai-ramai pada 1999, menyebabkan 13 orang ditembak mati dan 24 lagi cedera. - AFP







✿*~ kalau suka N3 jangan lupa tekan 'like' ye ...terima kasih ~*✿

4 comments:

yusuflaili(Goku) said...

salam;
agaknya orang disana ada sejarah penyakit gila amuk atau membunuh secara rambang..

Suasana Politik Malaysia said...

As salam Puan,

selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa.

Sari said...

waalaikumsalam wrhkth....
terima kasih salam ramadhan juga.

opisboi said...

mesti ada kaitan dgn pelampau islam ini!

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...