26.7.12

Kisah Benar: Orang memaki Tok Guru akhirnya tak boleh bercakap




Dulu di kampungku terdapat sebuah surau separuh batu separuh kayu, menjadi tempat warga desa mendirikan solat fardu berjamaah, sekarang surau itu sudah tiada lagi kerana di atas tapaknya dibina sebuah masjid mukim.

Waktu itu seorang imam dengan sukarela mengetuai imam solat, sekaligus mengajar fardu ain untuk warga desa terutama muslimat. Bila ada majlis tahlil, sang imam ini dijemput mengetuai pembacaan tahlil. Justeru beliau layak dikatogerikan sebagai antara tok lebai yang disegani di desa ku.

Pada awal beliau menjadi imam dan mengajar agama kepada warga, ramai jamaah datang mengikuti kuliahnya terutama kuliah Maghrib dengan menadah kitab. Tapi tiga atau empat tahun kemudian jamaah semakin berkurangan. Ramai yang tak mahu bersolat dengan berimamkan Tok Lebai itu lagi. Mengikuti kuliahnya juga tak mahu. Akhirnya tinggal beberapa orang saja yang “malu mata” untuk melarikan diri darinya.

Bila ditanya kepada warga, mengapa kalian tak ikut bersolat di surau Tok Lebai Pakcu, masing- masing menjawab “ Tok Lebai Pakcu Paie tu dah berubah, tidak lagi seperti mula-mula dulu. Dulu bagus. Sejak akhir-akhir ini beliau kutuk Tok Guru Nik Aziz Nik Mat habis-habisan dalam kuliahnya”.


Perubahan mendadak Tok Lebai Pakcu itu kononnya setelah beliau mendapat sedikit habuan daripada pemimpin UMNO setempat, sebelumnya tidak begitu. Ramai warga desa puji beliau. Ilmunya lumayan setakat untuk mengajar fardu ain warga desa.

Dari sehari ke sehari sumpah saranahnya kepada Tok Guru Nik Aziz semakin kuat dan lantang, sehinggalah suatu hari Tok Lebai Pakcu jatuh sakit. Permulaannya kurang selera makan, disertai dengan tak boleh bercakap.

Dibawa ke hospital, pernah tinggal di wad, tapi menurut keluarganya, doktor yang merawat memberitahu, masih belum dikenalpasti penyakit apa menyerang Tok Lebai Pakcu.

Saya sempat menjengok beliau. Saat itu tubuh badannya seperti papan sekeping, tersangat kurus. Suaranya hilang. Hanya dua biji mata bergerak-gerak sebagai tanda isyarat kepada keluarganya, meminta air.

Abang ipar saya yang kerap menziarahinya kerana kebetulan rumahnya berdekatan memberitahu; katanya kelmarin keluarga terdekat Tok Lebai Pakcu membisik kepada Pakcu “ Pakcu, kalau ambo gi minta air tawar (air doa) Tok Guru Nik Aziz lagumana, nak minum kah?. Pakcu banyak buat salah kepada dia, dok kata macam-macam kat Tok Guru, sedang Tok Guru tak buat salah apapun kepada Pakcu.”

Mendengar kata-kata keluarganya itu, serta merta terbuka biji matanya, kepalanya bergerak-gerak, seolah-olah bersetuju dengan cadangan keluarganya. Tapi saat itu Tok Lebai Pakcu hampir nazak. Beliau menutup usia beberapa jam selepas itu.

Saya tidak mahu meletakan sakit dan matinya dikeranakan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Sakit serta ajalnya sudah ditentukan Allah SWT.


http://demitinta.blogspot.com

p/s  tak kiralah parti mana sekalipun,sbb itulah kita jangan sesekali sesedap rasa memaki orang..tak baik..
lagipun makbapak kita tak ajar kita utk maki2 oang kan...?
Ingat...sekarang banyak yang Allah bayar 'cash'





✿*~ dah baca n3 tekan 'like' yeaa... ~*✿

5 comments:

Unknown said...

semoga tok guru dapat memecahkah malaysia book of record, memegang jawatan paling lama dan pegang jawatan sampai mati

semoga berjaya

Unknown said...

walaupun tok guru patuh pada perintah karpal menggugurkan negara Islam, dan memperkenalkan konsep negara kebajikan yang dipakai oleh negara kristian, namun itu semua adalah untuk mendapatkan berkat DAP untuk menuju ke putrajaya

Unknown said...

tok guru telah menjamin pahala yang hakiki bagi sesiapa yang mengundi pas. jadi sahabat-sahabat pas sekelian, jangan risau. walaupun kita tidak dibayar duit, tapi tok guru bayar kita dengan pahala. kalau dapat banyak pahala, kita boleh masuk syurga

www.terbaik.my said...
This comment has been removed by the author.
www.terbaik.my said...

Tok guru ke yg bgi pahala?
Adakah anda org ISLAM utk berkata sperti ini?

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...