Kesiannya..... Kementerian Pelajaran Malaysia dah habis duit?

By
Advertisement



ohhh.... ini betul2 gawat!!!!
kalau sampai beli kertas untuk peperiksaan pun sekolah takde peruntukan dan terpaksa minta murid bawa sendiri maknanya ini memang betul2 gawat.
Lepas ni mungkinkah cikgu akan minta duit dari pelajar untuk bayar bil elektrik almaklumlah tarif bil elektrtik mencanak-canak naiknya untuk dua bulan nih.

cerita pasal bil elektrik..... pagi tadi masa gotong-royong untuk kenduri lalu lah adik pembaca meter dr TNB nih.... macam takut2 je muka dia.  Sorang jiran tanya kenapa bil lektrik banyak sangat nih sekarang?

Dia sengih2 : saya pun tak tau la kak.... ramai orang komplen nih.... saya pun takut nak cek meter nih....

aku cakap : adik tau tak bulan lepas bil akak dua kali ganda tau... ingatkan bulan ni tak de dah bil sampai

Dia: tu lah kak ramai orang komplen.... tadi ada abang tu pun mengamuk.... saya pun tak tau nak jawab apa

pastu dia cakap : macam ni lah kak... buat komplen tapi jangan komplen sorang2 tapi pakatlah ramai2

aku: ye lah dik.... nnt nak buat demonstrasilah  hahaha....  (ni bukan nak hasut ye)

cissss..... aku rasa tertipu betul.... mati2 aku ingat  bil bulan lepas tu dia anggar untuk dua bulan.... huhhhh






✿*~ kalau suka N3 jangan lupa tekan 'like' ye ...terima kasih ~*✿

3 comments:

Anonymous said...

duit utk buat bela panda lebih baik bagi pd kementerian pendidikan...

Zamani said...

Ek,kemanakah duit2 Kementerian Pelajaran Malaysia dihabiskan?

Anonymous said...

Suit dah p ke iklan tampal muka najib d keretapi

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.