19.7.12

Kemenangan hampir tiba - doakan mereka!



Merekalah mujahidin yang telah menyerahkan seluruh jiwa dan raga mereka demi mempertahankan agama dan bumi Syam daripada kedurjanaan regim Basyar. Meninggalkan segala tipu daya dunia demi sebuah perjuangan dan cita-cita untuk gugur sebagai syuhada'.


Teruskan doa kita semua kepada mereka. Kemenangan akan dikecapi tidak lama lagi. Insya-Allah.



Merekalah pemuda kebanggaan ummah.


"Aku Menyahut seruan-Mu ya Allah"




DAMSYIK - Abang ipar Presiden Syria, Bashar Al-Assad, Assef Shawkat terbunuh dalam serangan bom berani mati, menurut sebuah stesen televisyen semalam.
Shawkat yang juga Timbalan Menteri Pertahanan dan bekas ketua perisikan tentera merupakan antara ketua keselamatan kanan Syria.
Beliau berkahwin dengan kakak Bashar, Bushra.
Turut terkorban dalam letupan tersebut adalah Menteri Pertahanan, Dawoud Rajha.
Stesen televisyen rasmi Syria melaporkan, pengebom berani mati itu melancarkan serangan ke atas bangunan Keselamatan Nasional di sini semasa satu mesyuarat melibatkan menteri Kabinet dan pegawai kanan keselamatan berlangsung.
Dalam perkembangan berkaitan, dua kumpulan pemberontak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut yang meragut nyawa beberapa pegawai kanan Syria dan mencederakan sebahagian lagi.
Kumpulan pemberontak Liwa Al-Islam atau Briged Islam dalam satu kenyataan di laman Facebook memberitahu, pihaknya menjadikan bilik kawalan krisis di dalam bangunan tersebut sebagai sasaran serangan berkenaan.
Selain Liwa Al-Islam, Tentera Pembebasan Syria (FSA) turut mengaku mendalangi serangan tersebut.
"Inilah letusan gunung berapi yang kami katakan, kami baru bermula," kata seorang jurucakap FSA, Qassim Saadedine.
Pemberontakan menentang kepimpinan Bashar bermula sejak Mac lalu.
Menurut pihak berkuasa Maghribi, 20,000 orang telah terbunuh ekoran pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar.
Kelmarin, FSA menyatakan usaha membebaskan ibu kota Damsyik daripada cengkaman tentera Bashar telah bermula.
Sementara itu, Setiausaha Luar Britain, William Hague menyatakan serangan pengebom berani mati itu menunjukkan satu resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diperlukan untuk menamatkan krisis di Syria.
Perancis turut mengutuk Bashar kerana masih berkeras untuk memegang jawatan ketika situasi di negaranya semakin buruk.
Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Bernard Valero berkata, Bashar perlu memahami bahawa perjuangannya untuk mengekalkan kuasa adalah sia-sia.
- Agensi
Sempena Ramadan, bulan kemenangan yang bakal tiba beberapa hari lagi, jangan pernah lupa mereka di dalam doa dan munajat kita. Yakinlah, kemenangan pasti akan tiba jua tidak lama lagi.

Perngakhiran hidup mereka sudah pasti dengan syahid (insya-Allah), sedangkan kita belum pasti..
✿*~ kalau suka N3 jangan lupa tekan 'like' ye ...terima kasih ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...