14.7.12

Gambar dan video HIMPUNAN OREN



Himpunan Oren Selamatkan FELDA sedang mula berarak menuju ke Istana Negara berlangsung dalam keadaan aman dan mendapat kerjasama yang baik dari pihak polis.


Kerajaan mesti mendengar tuntutan rakyat berhubung Felda,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, lapor harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian pada perarakan sempena Himpunan Oren, petang ini yang berhenti di Jalan Dutamas 1 kerana polis menutup jalan di situ.

Mengenai himpunan itu, beliau berkata rakyat sudah membuktikan mereka melakukan perhimpunan secara aman.

Perarakan yang bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan itu kira-kira jam 2.15 petang diketuai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Malaysiakini melaporkan Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib.

Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia.

Tidak lama selepas itu, kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1.

Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 2 kilometer daripada Istana Negara.

Pemimpin kumpulan itu bagaimanapun meneruskan ucapan kepada para peserta sementara sebuah kenderaan Itana tiba ke kawasan tersebut pada kira-kira jam 3 petang untuk menjemput lapan wakil kumpulan berkenaan.

Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum untuk diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong.

TERKINI: Lima orang dibenarkan memasuki Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia, demikian lapor harakahdaily.

Mereka terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Tamrin Ghafar, Dr Rosli Yaacop, wakil peneroka, Tanggam dan Siti Halijah Mohamad.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan seorang peguam yang disenaraikan untuk menggantikan dua lagi yang tidak dihadir bagaimanapun tidak dibenarkan masuk.

Ini kerana pihak istana hanya merujuk kepada senarai asal.

Mereka dibawa dengan kendera polis dan pihak istana kira-kira jam 3.20 oetang.



















Live Video streaming by Ustream




dikemaskinikan sentiasa. 


✿*~ kalau suka N3 jangan lupa tekan 'like' ye ...terima kasih ~*✿

1 comment:

Tajul Muluk said...

Syabas kepada Koordinator para pimpinan dan seluruh peserta perhimpunan Oren yang sanggup bekorban demi tanah air. Allahu Akbar!

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...