24.7.12

Bukan Chow Kit je pendatang Indonesia ramai



Masalah yang tak tahu entah bila akan selesai.
Sebagai rakyat aku pun dah naik lemas tengok keadaan ni.
Bukan kat chow kit je dorang ni penuh..... jalan depan rumah aku ni pun sama.
Habis tempat pejalan kaki dorang pacak tiang.... buat kedai. Cakap je nak kedai apa. Semua ada... indon , pakistan, bangla., myanmar..... sini kemboja je tak de.
Buruk memang buruk laaaa...... serupa takde tamadun punya pemandangan.
Bila makcik aku dr Spore datang terkejut gila dia tengok kaw. kediaman aku nih.... KL ke apa nih...haha..
malu wehhhh.....
Ada tu meka dengan aman damai lagi buat bilik tido kat dalam kedai.....wahhhh manyak senang!
Rakyat Malaysia pulak memang laaaa sangat baik hati berbondon2 je datang membeli,...... inilah bangsa paling baik kat dunia.
Penguasa kita DBKL lagi la baikkkk..... datang je bawak lori.... tapi tiang sebatang tak pernah cabut.
Pemimpin negara kita.......entah.... sibuk sgt tak perasan kot dengan masalah nih.
Pelik aku.... kita ni semua dah kena mandrem ke hape.... iskkkkk!

nih baca n3 dari blog Mazidul......

PASAR CHOW KIT DIMONOPOLI PEKERJA DAN PENIAGA INDONESIA



Barangkali ramai pernah mendengar perihal Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. Pasar menawarkan pelbagai barangan mentah seperti ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran.

Namun mungkin tidak semua berpeluang berkunjung ke pasar terkenal itu. 

Jom kita telusuri di entri ini.  


Lantai simen di pasar ini lecak dan di beberapa sudut kelihatan pengemis meraih simpati pelanggan.


Sebaik memasuki pasar ini, bakal kedengaran majoriti peniaga berteriak dan bercakap menggunakan Bahasa Indonesia. 

"Kamu dari mana?," soal saya kepada lelaki di bawah.


Biarpun sibuk menyiang ikan merah, dia tetap membalas soalan saya.

"Saya dari Aceh," katanya.

"Jadi kamu bekerja di sini menggunakan permit apa?," tanya saya lagi.

"Permit kerja sedang dipohon, belum siap lagi," balasnya.

Manakala dua pekerja lelaki di bawah mendakwa berasal dari Medan. Status permit kerja mereka tidak saya ketahui.


Selain mereka ramai lagi warga Indonesia bekerja di lokasi sama. Dalam erti kata lain, pasar itu kini semenangnya dimonopoli oleh pekerja dan peniaga dari seberang.

Samada mereka bekerja secara sah atau tidak, hanya penguatkuasa Jabatan Imigresen mampu memberikan jawaban tepat.

Permit kerja mereka tidak ditampal di dahi.


"Saya mempunyai kad pengenalan merah, sudah lama memohon My Kad tetapi belum ada rezeki lagi," ujar lelaki tua di bawah.


"Berniaga di sini tanpa lesen, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) tidak ganggu?," soalan saya lontarkan.

"Oh! Tidak," balasnya selamba.

Barangkali dia peniaga 'kebal'.

Di sekitar pasar sama, saya rakamkan gambar peniaga wanita Indonesia menjual barangan di kaki lima. Mereka kini kelihatan bak berniaga di negara sendiri.


Mujur kewujudan Balai Polis Jalan Raja Bot di kawasan terbabit menyuntik sedikit keberanian ke dalam diri saya untuk merakamkan keadaaan sebenar di Pasar Chow Kit atau kini lebih wajar digelar Pasar Indonesia. 


Tanpa balai polis, pastinya ramai pelanggan berasa tidak selamat membeli-belah di situ.

Saya akur ini bulan Ramadan, mungkin segelintir penguatkuasa DBKL selama ini bertugas di sekitar pasar itu berasa terlalu penat berpuasa lalu tertidur dalam jaga.

Justeru mereka tidak nampak peniaga warga asing menjual pelbagai barangan dipercayai tanpa menggunakan  lesen sah. 

Pada masa sama, ramai peniaga warga tempatan ingin mencari rezeki secara halal dihalang oleh DBKL.

Klik di sini dan di sini.

Beriya-iya sungguh kita 'memelihara' peniaga warga asing terbabit, walhal di Indonesia sebilangan rakyat mereka amat anti Malaysia dan kebencian mereka dibuktikan melalui paparan klip video di bawah. 


Kepada rakyat Indonesia kat Indonesia sana tu berhenti la kutuk2 Malaysia ni macam orang gila.... korang tak tau ke betapa menggilanya rakyat korang ni nak datang Malaysia.... sebab apa.... sebab mereka hidup senang, aman dan selamat di bumi Malaysia walaupun masuk secara haram (ikut nasib la). Dan lagi sebab adanya saudara mara korang kat sini.... jawa banjar bugis minang tu. Mereka ni semua bersyukur sebab berhijrah keluar dr Indonesia sejak duluuuuuuu lagiiii..... kalau takkk, tak  tau la kannnn. Nak bagi tau...tak ada lagi keluar berita pendatang asing kebulur mati tak makan kat sini. Mati sebab bergaduh tu adalah. Itu perangai samseng memang tak leh wat apa la kan. Semua bangsa kat dunia ni ada yang jahat perangai. Ehhhh.... tapi aku tetap pelik kenapa kita tak pernah buat demo halau meka ni balik kan.... dan aku pun pelik gak sebab aku pun hari2 gak pegi kedai Aceh dekat rumah aku nih.....  ✿*~ Thank you for reading this entry ! ~*✿

3 comments:

yusuflaili(Goku) said...

salam;
betul kata awak...bangsa malaysia atau maling kata masyarakat Indonesia disana betul2 sangat baik hati..tiada bangsa sebaik kita didunia ini terhadap orang asing,tak percaya boleh tengok sendiri dimalaysia ni..aku setuju sanggat pendapat tuan punya blog ni.

matpiahkerinting said...

Saya pun ke pasar chowkit setiap dua tiga hari.memang kotor dan berlendir.kalau berselipar shj,comfirm saya tak masuk.

Berkenaan mslh pendatang asing pula,untuk info...kebanyakan lot lot dipasar tu milik pemimpin politik pemerintah.sb tu tiads serbuan dibuat.mereka dilindungi

Adi Hasim said...

Maling tu maknanya pencuri, kalau diorg panggil org Malaysia pencuri, yang diorang datang Malaysia beli tanah Rizab Melayu lepas tu ada anak lahir Malaysia tukar nama. Tapi Nasionalisme masih di Indonesia. Tidak ikut undang-undang Malaysia, tidak ada hormat orang Malaysia lagi di pijak2 lagi. Seiapa yang suka makan tempe, ketahuilah betapa kotornya cara mereka membuat tempe masuk sampai ke pinggang pekerja2 berkain batik untuk pijak air rendaman tempe. Yang orang2 Malaysia berkahwin dengan perempuan2 Indon ramai. Bangunlah Malaysia!

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...