15.6.12

VIDEO: Wanita Disumpah Jadi Batu Kerana Curang Di Paloh




Nak dikatakan pelik, tidaklah terlalu pelik. Mungkin juga boleh dikatakan sebagai misteri.
Satu video yang dimuat naik ke laman You Tube berjudul ‘Sumpahan jadi batu di mamah tanah PALOH ?’ semakin menjadi bualan di kalangan pengunjung laman tersebut.
Video berkenaan menceritakan tentang kononnya seorang wanita yang telah curang terhadap suaminya disumpah menjadi batu di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Paloh, Johor.
Wanita itu dikatakan telah ‘ditukarkan’ menjadi batu ketika sedang asyik memadu asmara bersama teman lelakinya.
Persoalan yang semakin menjadi tanda tanya kepada umum ialah, benarkah kejadian sumpahan itu sememangnya berlaku?
Mengapa hanya wanita itu sahaja yang disumpah, bagaimana dengan pasangannya?
Melihatkan isi video tersebut, batu itu memang melihatkan bentuk badan seorang wanita yang sedang berbogel, lengkap dengan rambut yang panjang.
Mendengarkan penceritaan dari lelaki yang menjadi ‘voice over’ dalam video itu seperti kurang jelas tentang maklumat yang ingin disampaikan.
Boleh sahaja cerita itu diada-adakan atau batu itu hanyalah ukiran semata-mata. Apa-apa pun, kebenaran tentang ‘misteri’ sumpahan batu itu hanya penduduk di sekitar kawasan itu sahaja yang tahu.
Selebihnya, kita jangan mudah untuk membuat cerita tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu. Wallahualam. [MyNewsHub]





✿*~ klik iklan gak ehh ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...