Takut diboikot kerana letak gambar Najib ditin minumannya, 100 Plus siarkan kenyatan ini..

By
Advertisement



Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa agaknya pihak pengeluar minuman isotonik 100 Plus menyiarkan kenyataan di atas dalam  FB mereka.

Mereka menjelaskan bahawa gambar Najib yang terpapar di bekas minuman yang dikeluarkan mereka hanyalah sticker yang telah dicetak untuk Najib ketika beliau melawat gerai 100 Plus semasa himpunan belia yang lalu.

Maknanya mereka tidak mencetak gambar Najib di bekas minuman yang dikeluarkan mereka oleh itu kalau korang tak tergamak atau tak lalu nak minum 100 Plus yang ada gambar Najib tu.. korang boleh koyak begitu saja..

Sebab mereka keluarkan kenyataan itu ialah setelah tersebarnya gambar bekas minuman 100 Plus yang memaparkan gambar Najib pihak mereka telah menerima kritikan pedas daripada rakyat Malaysia dari segenap lapisan kaum.

Dan ada kemungkinan produk mereka akan diboikot .. jadi kerana khuatir produk mereka menjadi mangsa boikot oleh rakyat Malaysia yang bencikan Najib terpaksalah mereka keluarkan kenyataan seperti di atas itu..

Akibat Letak Gambar Najib.. Minuman 100 Plus Bakal Di Boikot 

Terbaru, minuman isotonik yang popular di Malaysia telah menerima kritikan pedas daripada rakyat Malaysia dari segenap lapisan apabila memaparkan wajah PM Malaysia, Najib Tun Razak di tin minuman mereka.

Demikian hebatnya gambaran kebencian rakyat Malaysia terhadap Najib kini. Belum pernah berlaku dan menimpa PM-PM sebelum ini tetapi berlaku kepada Najib.

Minuman isotonik 100 Plus telah diperkenalkan di Malaysia pada 1983 oleh sebuah anak syarikat Fraser & Neave (F&N).

Belum dapat dipastikan mengenai gambar Najib di tin minuman tersebut samada dilakukan secara sukarela oleh pihak pengurusan 100 Plus, atau mendapat arahan dari pihak tertentu atau menerima kontrak tertentu bagi tujuan menaikkan imej Najib.

Walau apa sekalipun jawapannya, yang pasti rakyat sudah mempersoalkan langkah tersebut dan bertindak untuk memboikot minuman 100 Plus.

Ia juga BUKTI NYATA: apa saja yang ada gambar atau nama Najib, ia ditolak rakyat.

Dan ia pengajaran besar buat semua pengeluar barangan keperluan rakyat. Itulah akibat mengharamjadahkan rakyat sendiri.... - Addin

5 comments:

RULZA said...

ekekek...hebat no penangan dia..:)

Amirul Verdasco Nadzri said...

nasib baik kat tin air, boleh jugak nak boikot. kalo gambar Najib kat tangki air, tak nak guna air tu? apapun, tu pilihan dorang..

Anonymous said...

tk jugak..mc donald yg syarikat yahudi pun, rmai jdi kunjungan org islam..org yahudi buli palestin tk boikot plak hehe

aiyang said...

kalau tak suka gambar PM carilah yang tak ada gambar dia...mudah je...

Anonymous said...

Klau ada pun tin 100 plus tu aku bg kat uncle yg selalu pagi2 kutip tin...ricycle bin la jawabnya...

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.