Saham FGVH : Isa Samad Dapat 180,000 Saham. Peneroka dapat 800 unit sahaja.

By
Advertisement



Alhamdulillah seperti yang diingini dan dihajati oleh kelompok yang berkepentingan dalam Felda, semalam saham Felda FGVH telah mencatatkan premium sebanyak 84 sen kepada nilai RM5.39 saham Felda FGVH telah didagangkan buat pertama kalinya pada “pasaran terbuka” semalam.

Jikalau dikirakan daripada setiap unitnya, berapa lebihan yang bakal diperolehi dikalangan pemburu-pemburu saham termasuklah peneroka Felda yang terlibat bersama-sama memeriahkan penyenaraian IPO Felda FGVH semalam?

Saham FGV Saham Felda FGVH: Isa Samad (Pengerusi Felda) Dapat 180,000 Saham VS Peneroka Felda 800 Unit?

Yang peliknya Tan Sri Isa Samad yang berjaya diangkat menjadi Pengerusi Felda dan merupakan orang penting disebalik penyenaraian saham Felda FGVH di Bursa Malaysia telah pun berjaya mendapat sehingga 180,000 unitsaham Felda FGVH walaupun, walaupun……beliau tidak memiliki satu inci tanah sekalipun.
  1. Tan Sri Samad – 180,000 unit saham
  2. Sabri Ahmad – 180,000 unit saham
  3. Dr Omar Salim – 150,00 unit saham
  4. Dr. Emir – 150,000 unit saham
  5. Ini yang dia atas kertas dan sudah diketahui, yang tidak didedahkan lagi bagaimana pula angkanya?
Felda Global1 Saham Felda FGVH: Isa Samad (Pengerusi Felda) Dapat 180,000 Saham VS Peneroka Felda 800 Unit?

Kami teringat dengan kata seorang bekas Menteri Besar Perak dan bekas Speaker Dewan Rakyat, kalau anda masih ingat lagi Tan Sri Ramli Ngah Talib. Apa yang beliau pernah katakan sebelum ini dalam satu wawancara bagi program ‘In Person’ di Astro Awani)?
“Kenapa kerajaan negeri Johor, Pahang, Terengganu dan negeri-negeri lain ghairah melancarkan Amanah Saham Negeri tetapi Perak tidak berbuat demikian; dia mengatakan cukuplah Amanah Saham Nasional sudah ada. Saya tidak mahu rakyat negeri saya menanggung rugi. Betul, akhirnya Amanah Saham Negeri-negeri jatuh. Sekurang-kurangnyanya saya berjaya menyelamatkan wang rakyat saya”.

Pulangan Disebalik Penyenaraian Saham Felda FGVH ini:
  1. Pengerusi Felda: 180,000 unit saham x 0.75= RM135,000.00 . (Orang kuat disenalik penyenaraian felda)
  2. Ceo Felda: 120,000 unit x 0.75= RM90.000 (Menyokong penuh penyenaraian saham Felda FGVH di Bursa Malaysia)
  3. Pengurusan Felda: 15,000 unit x 0.75 = RM11,250. Kelompok penting yang mendapatkan tandatangan daripada kalangan peneroka Felda. Borang tidak dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah
  4. Peneroka Felda: 800 unit saham x 0.75 = RM600.000. Kepada kalangan peneroka Felda, jangan lupa tanggungjawab melunaskan pinjaman hutang bank . Bunga 5.5% + wang proses RM200.00 sahaja. Unit saham Felda FGVH hanya boleh dijual selepas 6 bulan
Hakikatnya, berdasarkan semakan kami terhadap propektus di halaman 31, syarikat luar seperti Louis Dreyfus akan diberi saham 2.5% saham bersamaan (91,204,000 saham) iaitu sama banyak dengan peneroka Felda. Macam mana Menteri Ahmad Maslan kata pembahagian saham Felda FGVH adil kepada peneroka? Syarikat Yahudi yang ditubuhkan pada 1851 itu jikalau merujuk kepada pasaran semalam dan andaikata mereka bertindak menjual saham-saham mereka berapa banyak keuntungan mereka?

RM68,403,000.( 0.75sen x 91,204,000). Peneroka Felda?>
Saham FGVH Saham Felda FGVH: Isa Samad (Pengerusi Felda) Dapat 180,000 Saham VS Peneroka Felda 800 Unit?

P/S: Main saham ini ada pasang surutnya, ada masa kita melihat cahaya awan hari ini cukup cerah, ada masa pula cajaya awam cepat bertukar menjadi gelap tanda hujan akan turun pada bila-bila masa. Ada masa kita gembira dan ada masa kita boleh menangis. Bersedialah menerima sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Apapun kami doakan yang terbaik terutamanya kepada peneroka Felda…

PP/S: Lihat saham Facebook dimana pada 18 Mei didagang pada nilai tetapi akhirnya “jatuh terduduk” pada nilaike USD 25.52 sesaham atau 32.8%(dalam tempoh 24 hari didagangkan) merudum. Harap-harap dijauhkan nasib seperti ini menimpa peneroka Felda, walaupun hakikat sebenarnya kita semua tidak mampu mengawalnya apabila ia sudah didagangkan pada pasaran terbuka…Nantikan sebulan daripada sekarang?




✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.