8.6.12

Kantoi: Kes Patrick Lim - Pencuri handphone upload gambar sendiri di facebook



Pagi semalam sebenarnya aku dah baca pasal kes patrick lim ni kat fb....ada fren yang share.... aku cuma baca pasal kes dia frust sebab masa dia wat report polis suruh dia balik....dia frust sangat. Kes dia ialah eksiden dan galaxy note dia kena curi. Gambar lelaki melayu nih pun ada....tapi aku tak baca just tengok.
Ohhh....rupanya ini kes sebenarnya.


Semalam dan hari ini tersebar sebuah lagi cerita menarik di Facebook mengenai seorang lelaki #PatrickLim dan juga telefon Galaxy Note miliknya yang dikatakan telah dicuri. Dengan bantuan dari kawan dan orang ramai, dia berjaya menemui pencuri telefon tersebut iaitu Ejall dan Ellina Maulad Mahather. Ellina Maulad? Pernah tak dengar nama ini dalam suratkhabar sebelum ini?

Itu nanti admin ceritakan. Sekarang balik ke cerita PatrickLim and the Galaxy Note : 
Dia telah menulis satu Notes dalam FB tetapi dalam bahasa Inggeris, jadi admin cuba buat ringkasan dan tulis semua dalam BM. (yang original sila ke link ini - Notes )








Patrick menyatakan yang dia bakal menduduki peperiksaan akhir semester pada keesokkan harinya tetapi apa yang berlaku pada dirinya hari tersebut telah membuat dia terpaksa bergerak ke pelbagai tempat.Semalam semasa dalam perjalanan untuk balik ke rumah di sekitar Jalan Shamelin berdekatan PGRM, dia cuba mengelakkan daripada terlanggar sebuah motorsikal yang muncul entah dari mana. Dia berjaya mengelak daripada dilanggar/melanggar motorsikal tetapi malangnya, dia terlanggat pula papan tanda pembinaan. Disebabkan perlanggaran tersebut, tayar keretanya tersangkut pada salah satu papan tanda. Dia mempunyai kesukaran untuk mengerakkan keretanya, jadi dia turun untuk memerhati keadaan keretanya. Dia tinggalkan semua benda di dalam kereta tanpa mempunyai rasa khuatir atau takut. Ramai orang berhenti untuk tolong termasuk seorang penunggang motorsikal yang menghulurkan pertolongan. Selepas dia pasti yang kawasan tersebut tidak senang untuk seseorang mencuri keretanya, dia setuju dengan pertolongan tersebut tanpa sebarang syak wasangka. Tetapi peliknya, semasa orang tersebut berada di dalam kereta, dia seolah-olah berlakon dan hanya berpura-pura menekan minyak. Selepas itu, dia terus keluar dari kereta dan beredar dengan cepat dari situ. Masih dalam keadaan panik, Patrick langsung tak sedar dengan pemergian lelaki tersebut tetapi baru sedar yang Galaxy Note nya hilang. Orang ramai yang berada di situ memberitahu lelaki tadi telah mencurinya. Dengan hatinya kian terhiris selepas satu masalah datang lagi satu masalah, dia kembali ke rumahnya. Patrick yang begitu sedih dengan apa yang berlaku menerima panggilan dari seorang rakannya yang memberitahu yang Facebooknya baru sahaja muat naik sekeping gambar yang menunjukkan gambar seorang gadis Melayu. Patrick terus merasakan yang pencuri tersebut besar kemungkinan telah memberikan Galaxy Note kepada teman wanitanya yang mana mengambil gambar menggunakan Intragram Patrick. gambar tersebut kemudiannya dimuat naik oleh gadis tersebut tanpa disedarinya. Tidak lama kemudian, salah seorang rakan kepada rakan Patrick mengenali gadis dalam gambar tersebut. Gadis tersebut adalah Ellina Maulad Mahather.

Siapa Ellina Maulad Mahather?
Dia adalah seorang penari untuk Empire Dance Crew yang pernah masuk dalam paper beberapa kali. Studio Ellina membuat latihan adalah "The Empire" di Shah Alam, Plaza Masalam. Teman lelakinya yang memcuri telefon tinggal di KL.Menurut sumber yang Patrick, Ellina juga seorang pelacur. No ICnya adalah 850530-14-XXXX dan telefonya adalah 010438XXXX. 
Selain itu, Ellina Maulad juga terkenal di mahkamah kerana kes arwah Aaliyah Ayman Hussin Abdullah.
Berita selainjutnya : UTUSAN

Ini Gambar yang dimuat naik dan beberapa lagi gambar Ellina Maulad dan juga teman lelaki barunya.















Selepas itu, muncul lagi seorang lelaki yang menyatakan dia pernah bertemu dengan orang yang sama serta telefonnya juga dicuri..






p/s: kalau nak curi smartphone, sila la jadi smart juga, jangan sampai nak curi tetapi muat naik gambar sendiri pula...Mari kita share sama-sama agar lelaki ini tidak lagi memperdayakan orang lain.


nama fb baru Sting Junior
erkk!!!

akustressgiler.

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...