Dipaksa gugur bayi dalam kandungan - gambar

By
Advertisement


China – Beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang ibu muda terbaring di katil hospital bersama bayinya yang berlumuran darah selepas wanita itu dipaksa melakukan pengguguran ketika mengandung tujuh bulan, telah mencetuskan kemarahan penduduk di negara yang mengamalkan dasar satu anak satu keluarga itu.

Wanita itu, Feng Jianmei memberitahu media tempatan bahawa dia telah disuntik dengan bahan kimia untuk memaksa kandungan itu digugurkan, namun selepas 36 jam, bayi berkenaan masih belum dapat dikeluarkan.

Keadaan itu berlaku selepas Feng, yang telah mempunyai seorang anak, didenda membayar sebanyak £4,000 oleh pihak berkuasa tempatan kerana mengandung kali kedua.
 Dipaksa Gugur Kandungan Selaras Polisi Kerajaan
Memandangkan dia tidak mempunyai wang untuk membayar denda itu, maka satu pasukan daripada unit perancang keluarga telah membawa wanita itu ke hospital untuk membolehkan pengguguran dilakukan.
“Saya memaklumkan bahawa saya tidak mempunyai wang kerana ibu mertua saya memerlukan duit untuk rawatan kansernya, dan selepas itu 20 orang kakitangan unit berkenaan telah datang ke rumah saya untuk dibawa ke hospital.

“Saya cuba melawan namun dipukul. Di hospital, saya telah disuntik dengan dos untuk membunuh bayi dalam kandungan. Ketika itu tiada seorang pun anggota keluarga saya yang dibenarkan berada di situ,” katanya.

Dalam pada itu, seorang aktivis yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Chai Ling berkata, kejadian yang menimpa Feng menunjukkan bagaimana polisi satu anak satu keluarga telah menyebabkan keganasan menimpa wanita setiap hari di negara itu.

Aktivis All Girls Allowed itu turut memaklumkan, mereka telah bercakap dengan Feng dan suaminya, Deng Jiyuan selepas kejadian itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Perancang Keluarga, Li Yuongjou, menafikan insiden berkenaan sebaliknya memberitahu ‘Feng sendiri yang bersetuju untuk menggugurkan kandungan itu selepas beberapa pihaknya memberikan kesedaran kepada wanita berkenaan mengenai polisi terbabit.

Setakat ini tidak diketahui bagaimana Feng berjaya merakamkan gambar berkenaan namun aktivis percaya gambar itu adalah tulen.

✿*~ klik iklan gak ehh ~*✿

2 comments:

RULZA said...

kesiannya...allah dah buat fitrah manusia memang leh beranak..dan tak pernah punallah buat polisi camni..

bila takda iman..depa memang tak reti nak handle benda ni dengan baik..sedih jadinya..

Muara said...

Itulah bila manusia tak berpegang kepada taali Allah, pemerintahan yang tidak demokrasi, dan jauh sekali Islamik, yg jadi mangsa ialah rakyat yang miskin yg kaya boleh bayar denda!

Kalau di Malaysia anak dibuang juga, tapi tidak kerana perancang keluarga, tapi perogol dan penzina yang berkiblatkan syaitan dan nafsu semata-mata!

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.