Anehnya Bunga Berwajah Monyet

By
Advertisement


JIKA anda menyangka gambar bunga Orkid dengan wajah seakan monyet di kelopaknya ini merupakan hasil penggunaan teknik photoshop atau superimpose, ternyata anda silap.


Bunga ini memang benar-benar wujud, ia merupakan bunga ganjil yang tumbuh di hutan tebal selatan Ecuador dan Peru.

Terkenal dengan nama Orkid Monyet, nama saintifiknya pula ialah Dracula simia



"Simia" merujuk kepada wajah monyet yang terpapar pada kelopaknya, manakala Dracula merujuk kepada dua unjuran taji yang kelihatan seperti hujung kepak pontianak versi Inggeris (Vampire).

Bunga Orkid ini baru ditemui dalam tahun 1978 dan ia merupakan sebahagian daripada keluarga yang mengandungi lebih 120 spesies di Ecuador.

Bunga-bunganya dikatakan memiliki bau seperti limau yang sedang ranum.



Lihat pula gambar di bawah, saling tak tumpah seperti monyet yang sebenar.



Sumber: thesun.co.uk



✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.