(5 GAMBAR)Misteri Overtoun, Jambatan Berhantu Di Scotland

By
Advertisement

Di sebuah bandar kecil di Scotland, seekor anjing membunuh diri dengan melompat dari sebuah jambatan. Ia pun jatuh menimpa batu-batu yang ada di sungai bahagian bawah.
Apa yang terjadi selanjutnya? Apakah anjing malang itu masih mampu bernafas seperti pelagak ngeri yang melakukan aksi lompat dari jambatan dalam filem-filem Hollywood?
Jawapannya tidak. Anjing tersebut ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan.

Fenomena ini bukanlah pertama kali terjadi di sebuah jambatan yang dibina pada tahun 1895 oleh Lord Overtoun, seorang bangsawan Scotland. Jambatan yang bernama Overtoun Bridge ini terletak di kampung Milton, sebelah barat Dunbartonshire dan menyebabkan ramai orang hairan dengan misteri yang menyulubunginya.
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketMemang bila difikirkan agak mustahil bagi seekor anjing untuk merancang kematiannya sendiri. Namun kejadian aneh ini sudah berlaku sejak tahun 1950-an. Fenomena anjing melompat dari jambatan Overtoun telah menjadi rahsia yang diketahui ramai dan terus terjadi selama lima dekad berikutnya.
Beberapa fakta menarik mengenai jambatan Overtoun bahawa sudah ada sekurang-kurangnya 50 ekor anjing yang mati bunuh diri sampai sekarang, dengan purata seekor anjing sebulan. Dan yang lebih misteri lagi ialah banyak anjing yang melompat dari jambatan Overtoun melompat dari sudut yang sama dan dari tempat yang sama, iaitu diantara dua kubah terakhir di sisi kanan jambatan.
Sesetengah orang percaya bahawa jambatan Overtoun berhantu. Teori lain datang dari kepercayaan Celtic yang menyatakan bahawa jambatan Overtoun adalah sudut pertemuan alam nyata dan alam ghaib. Sesetengah orang percaya bahawa anjing lebih sensitif terhadap energi abnormal dan mungkin anjing-anjing terdorong oleh sesuatu yang tak dapat dilihat dengan mata kasar? Wallahualam.



0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.