| TUMPUAN...suasana kawasan tempat letak kereta di Taman Tasik Permaisuri pada waktu malam. CHERAS: Siang tempat beriadah dan bersantai, malam pula tempat memadu kasih dan melakukan maksiat golongan lelaki lembut. Begitu suasana di kawasan letak kereta Taman Tasik Permaisuri, dekat sini, yang menjadi tumpuan anak muda menghabiskan waktu senggang mereka pada hujung minggu. Amat menjijikkan apabila pemandangan diselitkan adegan menyakitkan mata gelagat lelaki sejati bertukar ‘lembut’ apabila disapa kaum sejenis yang dipercayai cuba ‘melanggan’ mereka. Tinjauan Metroplus baru-baru ini, mendapati rata-rata mereka adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang seronok menghabiskan masa hujung minggu untuk melepak di situ. Hampir tiga jam melakukan pemerhatian, mereka semakin galak melakukan aksi termasuk berteriak bagi menarik perhatian orang ramai yang datang ke kawasan berkenaan. Walaupun malam semakin larut, keadaan semakin ‘hangat’ apabila beberapa kenderaan satu demi satu masuk ke tasik dipercayai mencari ‘port’ terpencil dan sunyi jauh daripada pandangan umum. |
Wednesday, 2 May 2012
Tasik Maksiat
Jana Pendapatan - Jom Klik
Terjemahan:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”
(Imam As Syafie)



No comments:
Post a Comment