Pesawat Awam Sukhoi Superjet 100 Dengan 50 Penumpang Hilang Di Bogor

By
Advertisement

JAKARTA: Sebuah pesawat awam jenis Sukhoi Superjet 100 yang membawa 50 penumpang, termasuk beberapa wartawan, terputus hubungan dengan menara kawalan udara ketika terbang di atas kawasan Gunung Salak, di Daerah Bogor dan Sukabumi di Jawa Barat, pada Rabu petang.

Sehingga kini, nasib pesawat itu serta penumpangnya belum diketahui. Peristiwa itu berlaku pada kira-kira 3.50 petang ketika pesawat tersebut melakukan penerbangan demonstrasi.
Ia berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di sini pada 2 petang.
Atase akhbar Kedutaan Besar Rusia di Jakarta Dmitry Solodov berkata petugas kedutaan itu sedang menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mencari pesawat tersebut.
Sementara itu, Ketua Jabatan Penerangan Ibu Pejabat Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Udara (AU) Marshal Pertama Azman Yunus berkata pencarian pesawat tersebut dilaksanakan Badan SAR Nasional (Basarnas).
"TNI AU tidak terlibat secara langsung untuk melakukan pencarian pesawat milik Rusia itu, yang merupakan pesawat awam," katanya.
Pesawat Sukhoi Superjet 100 itu berada di Indonesia untuk penerbangan demonstrasi dan ditawarkan untuk jualan kepada syarikat penerbangan di Indonesia.
Pesawat itu terputus hubungan ketika berada pada ketinggian 6,000 kaki. - BERNAMA

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.