Mereka Dapat Balasan Di Dunia Lagi - Bacalah wahai sahabat

By
Advertisement

Lihatlah sahabat2 Doa2 mereka diterima ALLAH


Pada pukul enam pagi tanggal 7/12/1954, bendera hitam dikibarkan di penjara Kaherah dan orang-orang yang dijatuhi hukuman mati dengan diiringi pengawal, berkaki ayam dan memakai pakaian orang tahanan berwarna merah.


Pada pukul lapan pagi, bermulalah hukuman mati terhadap enam orang anggota Al Ikhwan Al Muslimin: Mahmud Abdul Latif, Yusuf Thala’at, Handawi Dawir, Ibrahim Ath Thayyib, Muhammad Farghali dan Abdul Qadir Audah. Keenam-enam orang ini berjalan ke tali gantung, dengan keberanian luar biasa dan memuji Allah karena mendapat kemuliaan syahid”.

“Sesungguhnya kamu mengharapkan mati (syahid) sebelum kamu menghadapinya; (sekarang) sungguh kamu telah melihatnya dan kamu menyaksikannya”. ( Surah Ali Imran: 143).

Salah seorang diantara mereka Syeikh Abdul Qadir Audah , seorang hakim lagi faqih dan pakar undang-undang, sebelum dilaksanakan hukuman mati berdoa kepada Allah, “Darahku akan menjadi laknat ke atas mereka yang melakukan kezaliman terhadap diriku."

Allah telah tunjukkan kekuasaan-Nya...Semua yang buat kerja jahat terhadap para ulamak Allah balas di dunia lagi.

Jamal Salim Ketua hakim yang menjatuhkan hukuman mati kepada pejuang Islam menderita sakit saraf yg kronik. Ginjalnya tidak berfungsi.Tak boleh buang air kecil dan akhirnya mati keracunan, Syamsu Badran dijatuhi hukuman seumur hidup. Kaunselor Abdul Hakim Amir mati bunuh diri atau diracun. Hamzah Basyuni dilanggar dengan teruk, hingga tubuhnya hancur dan bertebaran di atas tanah. Al Askari Ghunaim ditemui mati dalam kebun. Ash Shaul Yasin diserang untanya dan tulang lehernya retak hingga mati. Abdun Nashir seluruh hidupnya dipenuhi rasa ketakutan dan keresahan, baik dalam jaga maupun tidur. Bahkan kuburnya digenangi aliran air.

Semoga Allah SWT mengumpulkan kita dan pejuang-pejuang yang gugur syahid di jalan-Nya bersama Rasulullah SAW di dalam surga-Nya yang mulia. Amin.




Baca Kisah Kenangan di Penjara - Dr. Yusuf Al Qaradhawi



Dr. Syeikh Yusuf Al Qaradhawi pernah dipenjarakan sebanyak tiga kali. Kali pertama ialah pada tahun 1949 setelah Ikhwanul Muslimin dikaitkan dengan pembunuhan Perdana Menteri Mesir, Nuqrashi Basha. Kali kedua beliau telah dipenjarakan kerana perselisihan antara Ikhwanul Muslimin dan Dewan Revolusi pimpinan General Nagib. Kali ketiga pula ialah pada tahun 1954 dan dibebaskan pada tahun 1956 juga kerana perselisihan antara Ikhwanul Muslimin dan Dewan Revolusi pimpinan General Jamal Abdul Nasser. Berikut saya sertakan kenangan pahit beliau di dalam penjara bersama para ikhwan ketika ditahan buat kali ke tiga.

Penjara Perang di Mesir telah dibina oleh Inggeris pada zaman penjajahan. Ianya digunakan untuk menghukum tentera yang melanggar undang-undang. Oleh sebab itu, sel penjara dibuat untuk menampung seorang dalam setiap sel. Ruangannya sangat kecil yang luasnya tidak lebih dari 2 meter x 1 meter setengah. Terdapat ruang tingkap kecil yang tinggi berdekatan dengan bumbung di dalamnya. Tingkap itu dihadang dengan gerigi besi dan sentiasa terbuka untuk peredaran udara. Warna seluruh dindingnya gelap dengan satu pintu hitam yang ditutup dengan mangga dari luar.

Selain itu terdapat dua bilik yang kadang kala digunakan untuk menampung tahanan jika sel-sel biasa penjara sudah penuh. Kapasiti maksimum penjara adalah untuk 300 orang tahanan sahaja. Setiap sel ditempatkan 7 hingga 8 orang tahanan dan jumlahnya mencecah 2000 ribu di dalam penjara tersebut. Setiap sel hanya punya satu tandas dan terpaksa berkongsi dengan hampir 8 org tahanan lain.

Kata Syeikh Qaradhawi,

"Aku tiba di penjara perang pada waktu petang, tepat ketika enam Ikhwan menjalani hukuman mati. Mereka ialah Abdul Kadir Audah, Muhammad Farghali, Ibrahim Tayyib, Yusuf Tal'at, Handaway Duwair dan Mahmud Abdul Latif. Mereka baru dipindahkan dari penjara perang ke penjara lain. Oleh itu aku tidak dapat bertemu dengan mereka. Aku hanya sempat memandang mereka dari jauh, sebagaimana para Ikhwan yang lain turut melihat pemergian mereka. Mereka berbaris di hadapan penjara dan berjalan seperti gerak langkah tentera."

Ketika memasuki penjara, para pengawal sudah menyiapkan diri dengan cemeti berduri yang akan dipukulkan pada punggung tahanan, tengkingan-tengkingan yang memekakkan dan pandangan yang menghinakan. Alat penggiling diputar laju untuk menggiling tahanan penjara. Mereka mahu tahanan penjara hilang maruahnya. Seolah-olah seperti haiwan yang tidak punya harga diri. Penjara perang tersebut diselia oleh seorang pegawai yang bernama Hamzah Basyuni. Tatkala para ikhwan merintih menyebut Ya Rabb, Hamzah Basyuni akan mengherdik,

"Datangkanlah ke sini Tuhan kalian, dan aku akan mencampakkan dia ke dalam penjara!!!"

Percakapan dan perbuatannya sangat menjelekkan. Setiap pengawal penjara dan tentera yang melalui sel pasti cuba untuk melibaskan belantannya kepada tahanan Ikhwan. Sheikh Qaradhawi dihumban ke dalam sel di tingkat 3 bernombor 242. Antara seksaan yang paling teruk ialah dilepaskan anjing-anjing yang buas kepada tahanan. Anjing-anjing tersebut telah dilatih melakukan penyeksaan sebegini. Seorang Ikhwan bernama Dr. Mustafa Abdullah pernah dimasukkan anjing buas ke dalam selnya. Menariknya, anjing tersebut seolah-olah dapat merasakan yang Dr. Mustafa adalah seorang yang baik. Justeru, anjing tersebut menjadi jinak dan tidak mengganggu Dr. Mustafa. Setelah pintu sel dibuka, pengawal penjara merasa pelik melihat Dr. Mustafa tidak tercedera walau sedikit pun. Bahkan mereka melihat anjing tersebut duduk di hadapan Dr. Mustafa dengan tenang dan manja. Akhirnya Basyuni tidak menemui jalan lain kecuali mengeluarkan Dr. Mustafa dari penjara bersama anjing tersebut.

Seorang tahanan Ikhwan yang masih segar di ingatan Syeikh Qaradhawi ialah mahasiswa fakulti Syariah di Al Azhar bernama Sheikh Muhammad Shaubi Daeb. Sebelum tertangkap, beliau telah menyembunyikan diri di rumah Sheikh Hasanain Muhammad Makhluf, mantan mufti Mesir. Ketika menyembunyikan diri di rumah sheikh tersebut beliau telah menukarkan namanya kepada Sadiq Afendi. Kemudian, beliau telah membuat pasport dengan nama yang baru dan seterusnya melarikan diri ke Jeddah. Kedutaan besar Mesir di Arab Saudi menyedari perkara ini dan menangkap Muhammad Shaubi. Beliau telah disoal siasat tentang mereka yang membantunya menyiapkan pasport serta menguruskan perjalanannya ke Jeddah. Beliau tidak menjawab dan diseksa dengan teruk.

Oleh kerana tidak tertahan dengan seksaan, beliau telah memberikan maklumat kepada kerajaan kecuali satu soalan sahaja. Iaitu soalan berkenaan di mana beliau menyembunyikan diri sebelum berangkat ke Jeddah. Beliau sangat bimbang Syeikh Makhluf ditangkap jika perihal tersebut didedahkan. Beliau diseksa sebanyak dua kali. Seksaan kali pertama sangat teruk, namun beliau mampu bertahan. Tiba seksaan kedua yang kurang sedikit kerasnya, badannya tidak mampu menanggung derita lagi dan syahid menemui Rabbul Jalil. Seorang Ikhwan yang melihatnya berkata,

"Tubuhnya menjadi seperti selonggok daging yang penuh tersiat dengan luka, bersimbah darah dan nanah yang bercampur darah..."

Apabila ada perintah untuk membawanya dari sel tahanan ke bilik soal siasat, para pengawal penjara berasa kasihan untuk membawanya. Akh Muhammad sudah tidak mampu berjalan dan mereka juga tidak dapat membawanya ke bilik soal siasat kerana tubuhnya telah dipenuhi dengan luka. Akhirnya mereka terpaksa menyediakan troli sampah untuk membawanya ke bilik soal siasat.

Mereka yang meninggal dunia akibat seksaan akan dikumpulkan di sebuah ruang yang tersembunyi di sudut-sudut penjara. Kemudian mayat mereka akan dibawa oleh tentera ke Padang Abasiah untuk dikuburkan dalam satu lubang. Mereka dimasukkan ke dalam lubang itu tanpa dibersihkan, tanpa dikapankan dan tanpa ada seorang pun yang menyembahyangkan mereka. Di atas kubur itu dituliskan sebuah papan "Fulan, dibebaskan pada hari ini, tarikh sekian".

Hal yang hampir sama telah menimpa Akh Faruq Abdul Khair. Kedengaran rintihan dan jeritannya yang menyayat hati bergema dan memecah keheningan penjara. Rupanya para pengawal penjara menyoal siasat akh Faruq dengan cara yang sangat kasar. Tetapi, oleh kerana tubuhnya gagah dan berotot, beliau mampu menahannya. Ini menambahkan lagi rasa geram dan marah para pengawal penjara hingga seksaannya menjadi lebih keras dan beliau pun menemui kesyahidan. Setelah itu, pegawai penjara mengoyak-ngoyakkan data peribadinya dan menganggap bahawa akh Faruq tidak pernah memasuki penjara tersebut. Antara lain yang syahid dan masih segar dalam ingatan Syeikh Qaradhawi ialah Mahmud Yunis dan Ali Khauli.


Tulisan ini diambil daripada buku bertajuk "Muzakkirat al Qaradhawi"


"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)

sumber dr fb dan google.

1 comments:

asmira surianie said...

MasyaAllah
hebatnya Islam...

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.