Khalid Ismath dakwa ditanya soalan seksual

By
Advertisement
NONE


Siswa Khalid Ismath didakwa telah ditanya soalan-soalan yang bersifat seksual apabila disoal siasat berhubung dakwaan dia telah menendang seorang anggota polis trafik semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.



Khalid (tengah) telah ditanya soalan-soalan itu ketika ditahan selama 26 jam oleh pihak polis, sebelum seorang majistret menolak permintaan untuk menahan remannya, kata peguamnya Latheefa Koya hari ini.

"Dia telah ditanya mengapa menyertai BERSIH, dan sama ada di tahu BERSIH menyokong LGBT. Dia berkali-kali ditanya sama ada terlibat dalam LGBT dan sama ada dia suka melancap," kata Latheefa dalam satu sidang akhbar.

Khalid ditahan ketika dia secara sukarela pergi ke ibupejabat polis Kuala Lumpur Sabtu lalu untuk membantu siasatan polis berkaitan tuduhan terhadapnya itu. mk

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.