Gara-gara sanggup jadi 'balaci' kerajaan hina BERSIH, Johan Raja Lawak diboikot...

By
Advertisement



p/s: Admin sebenarnya pun agak kurang senang dgn Johan selepas beliau hasilkan video hina BERSIH..tapi bagi admin, itu adalah haknya, kebebasan bersuara dan demokrasi..xsalah...tapi beliau juga perlu ingat, sensitiviti penyokong dan peminat beliau dari team PR/BERSIH juga perlu diambil kira..

So, jangan marah jika mereka juga mengambil langkah memboikot beliau sbg tanda tidak setuju...ini juga demokrasi, xsalah..berani buat, beranilah tanggung..jgn ingat rakyat Malaysia seperti zaman dahulu, pembangkang boleh kira dgn jari..tapi kini suasana telah berubah...sama2 fikirkan...

*********************************

Johan Raja Lawak diboikot?

26 Mei 2012 : Nama, Johan Raja Lawak bukan lagi asing dalam industri hiburan.Tidak hairanlah jika dia mampu menyandang gelaran Pelakon Komedi Popular menerusi Anugerah Bintang Popular (ABP) baru-baru ini.

Namun, dalam kerancakan mengejar kerjaya seninya, timbul pula pelbagai kontroversi yang membabitkan pelawak kegemaran ramai ini.

Johan atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohd Aziz, 28, dikecam hebat apabila lakonannya sebagai profesor dalam sebuah video bersama Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, membangkit kemarahan penyokong perhimpunan Bersih.

Isu ini turut dipanjangkan menerusi satu akaun, Facebook, 'Kami Boikot Johan Raja Lawak', sebagai tanda tidak puas hati segelintir pihak terhadap pelawak tersohor ini.

Rata-rata membuat permohonan agar Johan tampil memohon maaf di atas tindakannya yang dianggap menyentuh isu sensitiviti masyarakat. Zass cuba mendapatkan Johan, namun gagal. Bagaimanapun, isterinya Ozlyn, sedia memberikan kerjasama.

Terkejut dengan berita itu, Ozlyn yang juga merupakan pelakon, memohon agar perkara ini tidak diperbesarkan.

“Kami tidak tahu apa-apa pun kerana kami baru sahaja pulang bercuti daripada Australia. Johan tidak pernah bagi tahu apa-apa mengenai perkara ini.

“Kemungkinan besar, dia tidak mengetahui isu ini. Jadi, saya tidak berani untuk memberikan sebarang kenyataan. Lagipun kami tak tengok lagi video itu.

“Kami tidak memerlukan sebarang kontroversi, namun, jika ada ketelanjuran dan silap yang Johan lakukan semasa ‘on air’, itu tidak disengajakan,” katanya yang juga bertindak sebagai pengurus Johan.

Ozyln berkata, dia sering menasihati Johan agar tidak keterlaluan ketika membuat persembahan. Namun ada kalanya, suaminya gagal mengawal keadaan apabila membuat persembahan secara langsung. Namun dia yakin, Johan tidak mempunyai agenda lain melainkan hanya untuk menghiburkan peminat.






0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.