Edit Gambar Untuk Sebar Fitnah Nampak Bodohlah!

By
Advertisement


pagi ni jumpa gambar bawah ni kat fb ada sorang mamat tu
ada orang komen ni pic edit.....tengok la tulisan kat kepala tu
ada gak yang balas edit kepala lembu bapak dia

sebenarnya ni gambar lama 
gambar asal takde pun lambang umno dan logo satu Malaysia tu
tak tau la sapa punya gambar tapi Jan 2011 dah wujud gambar ni
amaran...jangan tengok lelama berdosa!



tengok yang ni pulak
gambar ni dah tersebar di fb beberapa hari yang lalu
macam-macam komen
kesian kat MB Selangor aku nih


ni gambar asal
lama dahhhhhhh.....tengok sini memalukan-lelaki

kepada engkorang-engkorang semua yang fanatik sangat untuk menibai parti politik atau pun tokoh politik , buatlah dengan cara yang betul
tak kira la engkorang umno ke pkr ke pas ke dap ke.......
jangan la main edit-edit gambar yang engkorang jumpa kat goggle pastu post kat fb kasi semua orang lain percaya dan hentam juga.
Konon nak memalukan pihak sana tapi bila engkorang kantoi sapa yang malu?
engkorang ingat engkorang hebat sangatkah dapat sebar fitnah dengan cara cenggini?
banggakah dapat memperbodohkan orang-orang kat fb?
bukan semua orang bodoh beb......
sekian

1 comments:

Anonymous said...

Mmg bodoh sape yg letak lambang umno 2....mmg sah ade mslh mental.

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.