Bila PM panggil HARAMJADAH......

By
Advertisement


Dalam saat yang ke 55 videoclip ini, kita akan mendengar Najib menyebut perkataan ‘Haram Jadah mereka itu’ yang ditujukan khas buat para peneroka yang menentang penyenaraian Felda.


Adakah ini contoh wassatiyah yang dicanangkan oleh Najib? Peneroka yang tidak sealiran atau tidak mahu menurut kemahuannya dilabelkan sebegitu rupa..
Wajarkah seorang PM melabel rakyat yang telah memberikannya undi untuk berkuasa sebagai Perdana Menteri melabelkan rakyatnya sebagai 'Haram Jadah'? 

Jelas disini.. Najib punya dendam yang mendalam terhadap Peneroka yang menentang penyenaraian tersebut.. 

Baca laporan ni .. ASD

JERANTUT , 9 Mei 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar kumpulan peneroka yang memfailkan injunksi bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) agar jangan mengambil durian runtuh yang diumumkan semalam untuk warga Felda.

Beliau menyifatkan kumpulan peneroka ini sebagai pengkhianat kerana sanggup menjadi api dalam sekam terhadap majoriti peneroka yang bersetuju agar FGVH disenaraikan di Bursa Utama Kuala Lumpur. 

"Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian ini. Saya nak lihat muka-muka ini, nak terima durian runtuh atau tidak. "Saya tidak redha mereka ini menerima durian runtuh," kata Najib sambil mendapat sorakan dari hampir 50,000 warga peneroka hadir pada Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri. 

Najib turut menyifatkan pembangkang sebagai sudah kehabisan dan ketandusan modal untuk meracuni pemikiran rakyat sehingga penyenaraian FGVH dipolitikkan. 

"Sebenarnya pembangkang sudah ketandusan modal. "Kalau mereka tidak mampu memenangi hati nurani rakyat, mereka cuba kaedah mencelarukan pemikiran. 

"Yang baik dipolitikkan, yang menguntungkan diselewengkan kenyataan dan fakta supaya pemikiran rakyat bercelaru dan boleh salahkan UMNO," tegas Najib - KLPos


0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.