Amy Search sertai UMNO!! (Video Inside)

By
Advertisement



haishhhh..... ni yang buat aku hilang selera nih



Sebelum ini heboh di internet apabila penyanyi rock terkenal, Amy Search dikatakan semakin cenderung menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Gambarnya bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat disebarkan dengan meluas.





Malah Amy pernah berkata,” Tuan Guru Nik Aziz guru aku”, tapiiiiiiiiiiii............. itu duluuuuuuuuuuuuu...... sekarang bedaaaaa...
bagaimanapun beliau dan Search telah menerima undangan dari UMNO bagi menjayakan konsert sempena perhimpunan menyambut ulangtahun UMNO yang diharamkan baru-baru ini.



Namun hari ini beliau mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk menyertai UMNO.


Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abd Rahman menyertai penyanyi lain seperti Ibnor Reza, Jamal Abdillah dan Mus May sebagai ahli UMNO bahagian Bukit Bintang.

Apa saja keputusannya.. hormatilah kerana negara kita mengamalkan demokrasi..


3 artis sertai UMNO
2012/05/29

KUALA LUMPUR: Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai UMNO kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara. 

"Hanya UMNO saja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat UMNO adalah sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpinnya," kata Amy, 54, selepas menyerahkan borang keahliannya menyertai UMNO bersama Mus May atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim di ibu pejabat UMNO di sini hari ini. 

Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem. 

"Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. UMNO juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulama. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah saja," katanya. 

Sementara itu, Mus, 44, berkata beliau menyertai UMNO selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah. 

"UMNO sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia," katanya. 

Bagi Ibnor Riza, 51, beliau sudah lama bercadang untuk menyertai UMNO selepas sedar akan kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara. 

Borang mereka diterima Setiausaha Kerja UMNO pusat, Datuk Ab Rauf Yusoh, dan ketiga-tiga artis akan menjadi ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang. 

Ab Rauf berkata, Umno sentiasa menyokong langkah penggiat seni tanah air menyertai parti itu, dan mereka boleh bertindak sebagai duta UMNO. 

"Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga UMNO," katanya. 

Kini, terdapat 43 ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah.- BERNAMA 



suka hati la nak masuk parti mana pun...ni negara demokrasi
betul la tu UMNO pun pembela agama jugak
kalau masuk PAS nnt kena berjubah pulak
tak rock la kan...kan
tak sesuwei la kan pakai jubah pastu buat bunyi phiiiiwwiiiitttt.... :P
dan
takkan papa pakai jubah anak pakai .....pakai....ehhh anak dia pakai apa ehhh....lupa dah



0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.