Sunday, 15 April 2012

video - Tragedi Bolasepak Bila Pemain Kelab Itali Piermario Morosini Mati Di Padang Bola






ROM - Pemain tengah kelab Livorno, Itali, Piermario Morosini meninggal dunia di hospital selepas rebah di padang, dipercayai akibat serangan jantung, ketika perlawanan Serie B di Pescara, hari ini - insiden kedua melibatkan pemain bola sepak.
Bekas pemain Itali bawah 21 tahun ini, rebah ketika perlawanan Serie B masuk minit yang ke-31.
Lega Serie B dalam satu kenyataan media, yang disiarkan menerusi laman web berkata, "tragedi di padang. Selepas serangan jantung ketika pertemuan Pescara dan Livorno, Piermario Morosini meninggal dunia."
Morosini, 25, dibawa ke hospital Santo Spirito dan diisytihar meninggal dunia.
Ekoran kejadian ini, yang mengejutkan banyak pihak di Itali termasuk ada peminat dan rakannya menitiskan air mata, perlawanan ditangguhkan.
Bulan lalu, pemain Bolton, Fabrice Muamba, 24, dilaporkan bahawa secara teknikal telah meninggal dunia selama 78 minit ketika perlawanan Piala FA Inggeris, juga akibat serangan jantung.
Morosini dipinjamkan kepada Livorno oleh Udinese, kelab Serie A.
Pemain itu dilaporkan masih sedar ketika dibawa keluar dari padang tetapi koma apabila tiba di hospital.
"Dia memerhatikan saya ketika dibawa masuk ke dalam ambulans," kata Pengurus Besar Pescara, Danilo Iannascoli kepada Sky Italia.
"Kita hidup dalam drama," kata beliau.
Media Itali mendakwa sebuah kereta milik polis trafik telah menghalang laluan ambulans ke kawasan stadium dan tingkap terpaksa dipecahkan bagi mengalihkan kenderaan tersebut.
"Saya tidak tahu sama ada ambulans lewat tiba atau tidak, tetapi saya tahu laluan ke padang telah dihalang oleh sebuah kenderaan," kata Iannascoli.
"Morosini pengsan. Dia cuba untuk bangun, tetapi rebah sekali lagi," katanya lagi. SH


1 comment:

  1. Janji Allah SWT sntiasa tepat.. Main bola ke, mandi ke, menyanyi ke, ajal tetap ajal..

    ReplyDelete

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

Daripada Mu'awiyah r.a.,katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan." (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)
~Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan… (Al-Maaidah 5:8)
''Aku Mencintai Orang Yang Soleh, Walaupun Aku Bukan Daripada Kalangan Mereka, Aku Membenci Orang Yang Melakukan Maksiat, Sekalipun Aku Pernah Melakukannya.''

(Imam As Syafie)
”... maka bertawakal lah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika ALLAH menolong kamu, maka tiada seseorang pun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah ALLAH (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada ALLAH jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan" (Imam Hasan Al-Basri)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..

tanpa mereka siapalah saya....:))

dr 11 /03/2011