Tarian Lucah Dipersembahkan Untuk Rakyat....MALAYSIA BOLEH!!!

By
Advertisement


Gopeng: Pelancaran Pra Bersih 3.0 Peringkat Parlimen Gopeng yang dihadiri oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said malam tadi dicemari dengan gangguan daripada pihak tertentu.

Pelbagai acara diadakan untuk mengganggu program anjuran Pemuda Pakatan Rakyat kawasan tersebut termasuklah tarian separuh bogel, tarian singa, percikan bunga api dan sebagainya.

Program yang diadakan hanya seberang jalan kira-kira 10 meter itu dipercayai dianjuran oleh BN kerana ianya bukan kali pertama malah enam program Pakatan Rakyat di kawasan tersebut sebelum ini turut diganggu.

Pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; dan Timbalan Ketua AMK, Pusat Khairul Anuar Zainudin.

A Samad Said dalam ucapannya kesal dengan gangguan ini dan ianya menggambarkan BN berusaha untuk menyekat kebangkitan rakyat.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad menjelaskan, negara sekarang dalam suasana yang amat ‘merungsingkan’.

“Kita mahukan lunas-lunas demokrasi di Negara ini diperbetulkan, tapi orang yang sudah berkuasa lebih 5 dekat tidak mahu itu.

“Sebab mereka merasakan jika pilihanraya di Negara ini bersih, mereka akan dibersihkan,” katanya sambil diberi tepukan gemuruh kira-kira 2,000 hadirin.

Menurutnya, Pakatan Rakyat mempunyai watak-watak yang istimewa untuk memerintah dan rakyat perlu membantu mereka untuk memerintah.

Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, BN ketika ini sangat takut dengan suara dan kebangkitan rakyat kerana ianya akan menggugat mereka untuk terus berkuasa di Negara ini.

“Saya menggesa seluruh rakyat di negeri Perak ‘turun’ ke himpunan Bersih 3.0 sabtu ini untuk memberi isyarat kepada BN bahawa rakyat sudah bangkit dan menolak mereka,” jelasnya. -HD



Baca lagi:


Di setiap program kelolaan Pakatan Rakyat sekitar Dun Sg Rapat, pasti ada gangguan. Dengan atau tanpa gangguan, program tersebut pastinya berjaya juga

Ketakutan Umno/BN semakin menjadi-jadi, walau dengan apa cara sekalipun, program-program Pakatan perlu diganggu-gugat. Namun yang pastinya, sedar atau tidak, segala gangguan tersebut kini merupakan daya penarik untuk orang ramai bertumpu dan berasak-asak ke program Pakatan.

Pada malam pelancaran Bersih 3.0 peringkat Parlimen Gopeng di Desa Pakatan, Ipoh itu, pihak yang berada di seberang jalan sahaja daripada tapak ceramah Pakatan telah mengadakan upacara tarian naga, tarian amoi dan hidangan khinzir panggang dengan bunyi muzik yang begitu kuat sekali.










Tarian amoi seksi yang dihidangkan bersama dentuman muzik yang sungguh kuat dihadapan tidak lebih daripada 30 orang, semata-mata untuk mengganggu suara penceramah disebalik jalan sana.

Saksikan video dibawah untuk melihat suasana pada waktu itu:





3 ekor khinzir panggang yang diletakkan di bawah khemah menghadap kepada tapak ceramah Pakatan


Suasana menjadi tegang apabila orang ramai menyerbu tapak khemah tarian dan muzik semasa YB Dr Lee Boon Chye sedang berunding dengan pihak di sebelah sana untuk perlahankan sedikit bunyi muzik mereka. Menurut ketua keselamatan pihak penganjur ceramah, pihak polis yang berada di situ telahpun dimaklumkan akan provokasi yang dilakukan diseberang jalan sana, namun tiada apa-apa tindakan yang di ambil. 

Akibatnya, orang ramai yang tidak berpuashati kerana mengganggu mereka untuk mendengar ceramah telah menyerbu ke khemah tempat peralatan muzik. Namun yang demikian, dengan kecekapan pihak UKP dan Unit Amal yang bertindak pantas untuk menghalang orang ramai daripada membuat sesuatu yang tidak diingini.

Kita lihat video suasana tegang tersebut:-

Selepas menonton video diatas, jelas kelihatan pihak keselamatan Pas telah berjaya menyelamatkan keadaan  




Suasana tegang tersebut dapat diatasi dan disuraikan oleh UKP dan Unit Amal


Bunga api dan mercun juga digunakan untuk membuatkan suasana yang hingar-bingar 


Diharapkan semoga segala gangguan dan provokasi sebegini dapat dihentikan demi kesejahteraan dan keharmonian penduduk setempat dan juga pengunjung yang datang beramai-ramai untuk mendapatkan penjelasan dan maklumat terkini di ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat.


kredit: http://ajijoi.blogspot.com

2 comments:

Hati Muda said...

nasib baik bukan melayu yg menari dengan pakaian macam tuu. kalau tak kompom teruk kene kutuk! projek umno ke mca nii?siapa ada babi panggang tuu!

Sis AI said...

Rsa2nya ni ala pesta CIna kot. Siap ada colok smua bagai, dgn khinzir lg. Tp, tak ptut buat mcm ni kat ngara kita, tak kira la demokrasi ke hapa. Islam agama utama. Hormat la.

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.