Pelik...Lelaki tidak berhenti ketawa selepas pembedahan

By
Advertisement

Melayukini.net – Lelaki Tidak Berhenti Ketawa Selepas Pembedahan (Pelik!) | Seorang lelaki warga Belanda menjalani pembedahan di bahagian pinggulnya dua tahun lalu. Tetapi Entah di mana silapnya, sejak daripada pembedahan itu, Huug Bosse asyik ketawa, ketawa dan ketawa! Kejadian itu mula disedari setelah ia sukar untuk menahan kewata. Walaupun isterinya sampai naik menyampah dengan keadaan tersebut, Bosse ternyata tidak dapat berbuat apa-apa, malah ketika isterinya marah pun, dia hanya mampu terdiam sebentar sebelum kembali ketawa.
Pakar perubatan sehingga kini masih ‘kebingungan’ dengan keadaan tersebut tetapi mereka percaya ia mungkin akibat ubat bius yang diberikan kepadanya semasa menjalani pembedahan pada tahun 2010 itu.
Namun ada satu keadaan di mana Bosse akan berhenti ketawa, bukan itu saja, dia juga akan menitiskan airmata….iaitu ketika lagu kebangsaan negara itu berkumandang.
Sehingga keluarganya pernah bercadang untuk memasang lagu itu setiap kali mereka hendak berbincang dengannya bila berhadapan dengan satu-satu masalah.
Isteri Bosse berkata, sebelum pembedahan itu, suaminya tidak pernah berhadapan dengan masalah tersebut.
Tabiat suka ketawa Bosse, kata isterinya, membuatkan anak perempuan mereka sudah jarang datang ke rumah untuk menziarahinya.
Nak tahu apa reaksi Bosse ketika ditanya mengenai kelakuannya yang suka ketawa itu?
“Ketawa itu kan normal” kata Bosse sebelum kembali ketawa.

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.