Nasihat Ikhlas Ustaz Azhar Idrus kepada Syam Kamikaze

By
Advertisement


Assalamualaikum..
Dalam masyarakat Melayu ada satu pepatah yang begitu terkenal yang menggambarkan kepedulian masyarakat yang begitu mendalam terhadap hal ehwal orang lain. Terkenalnya pepatah ini sehingga ianya sering digunakan oleh orang Melayu dan mungkin juga orang bukan Melayu dalam perbualan harian berbanding dengan pepatah-pepatah yang lain. Pepatah yang dimaksudkan ialah ‘jangan jaga tepi kain orang' yang membawa maksud jangan ambil peduli hal orang lain. Persoalannya ialah adakah pepatah ini masih relevan dengan cara hidup kita hari ini? Dan lebih-lebih lagi kita orang Islam adakah pepatah ini selaras dengan tuntutan agama? Sebenarnya pepatah ini mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri bergantung dari sudut mana kita melihatnya.

Sekiranya pepatah ‘jangan jaga tepi kain orang' ini membawa maksud buangkan sifat ingin tahu yang berlebih-lebihan mengenai sifat buruk dan keaiban seseorang maka memang layak pepatah ini diamalkan. Ini adalah kerana sifat suka mengambil tahu tentang keburukan orang lain seringkali akan disusuli pula dengan tabiat suka menyebarkan keburukan itu kepada orang lain. Ini mengupat namanya dan diharamkan oleh agama. Bahkan al Quran telah mengingatkan kita supaya menjauhi sifat buruk ini di dalam surah al Hujurat, sebahagian daripada ayat ke 12, yang maksudnya:

"Janganlah setengah daripada kamu mengupat setengah yang lain..."

Begitu juga pepatah ini wajar diterima-pakai dan diamalkan sekiranya ia membawa maksud menjauhi sifat suka mengintip dan mencari-cari kesalahan orang lain. Hal ini juga telah diperingatkan kepada kita oleh Islam supaya menjauhi sifat ‘tajassus' atau mengintip dengan tujuan untuk mencari keaiban dan keburukan orang yang tersembunyi, sepertimana firman Allah SWT di dalam surah dan ayat yang sama seperti di atas, yang membawa maksud:

"Dan janganlah kamu mengintip dan mencari-cari kesalahan dan keaiban orang..."

Buruknya amalan mengupat dan sifat ‘tajassus' ini sehingga Rasulullah SAW sendiri telah mengingatkan kita supaya menjauhi sifat-sifat ini dengan sabda Baginda yang bermaksud:

"Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya; Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah kamu mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya, dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya"

(Hadith riwayat at Tirmidzi)

Namun apa yang ingin dilihat disebalik pepatah yang kelihatannya tidak begitu molek diamalkan ini ialah ianya masih tetap relevan dengan tuntutan kehidupan harian kita masa kini sehingga mungkin ianya terpaksa diubah dari ‘jangan jaga tepi kain orang' kepada ‘tolong jaga tepi kain orang'. Apa yang ingin dimaksudkan di sini ialah kita harus mengakui bahawa persekitaran hidup kita sekarang tidak lagi aman dan selamat seperti suatu masa dahulu..

sesuai juga ditambah peribahasa :

"jagalah tepi kain orang jangan asyik suka untuk menyelaknya " dan "jagalah tepi kain sendiri jangan sampai terselak" :)
sesuai juga ditambah


* atas tu adalah nasihat Ustaz Azhar Idrus buat Sham Kamikaze https://www.facebook.com/shamkamikaze/posts/10150638416501612

alhamdulillah...suka dengan keperihatinan UAI kepada sahabatnya. Boleh juga dijadikan pengajaran dan iktibar untuk kita.

kekadang aku pun tak paham lah.... blogger nih dah macam paparazzi brutal zaman era Lady Diana pulak.... sibuk nak tau hal dalam kain orang sampai mati terbunuh orang tuh.....puas hati.  Apa pekdah ntah.... nak kejar ranking sangat.... nak tarik trafik sangat. Aku rujuk ni pada blog Roti yang memainkan isu nih. Sebelum ni pun dah bangga sangat dia ada salinan video lucah artis. Aku rasa baik roti nih tukar la.... pi selak hal pemimpin pulak...selak kes2 rasuah kat malaysia...selak skandal2 yang melibatkan menteri2 nih...berapa banyak duit rakyat dah kena songlap.... baru respek. Dah alang-alang aku membebel ni.... aku nak ulas la sekali isu Zed Zaidi yang menyamakan artis luar yang berlakon kat malaysia ni sama taraf macam pembantu rumah.... hohoho..... macam ni punya mentaliti pun ado? Kalau nak bela sangat artis kat Malaysia nih.... pe kata beri tazkirah kat artis wanita yang berpakaian tapi telanjang tuh supaya ubah penampilan. Ustaz tegur bukan makan saman pun....pekata Timbalan Presiden Seniman lak tegur.....ada berani? Pahala pun dapat.



0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.