NASA akan terus cari planet yang menyerupai Bumi

By
Advertisement


WASHINGTON: Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) akan meneruskan misi kapal peninjau angkasa lepas Kepler dalam usahanya mencari planet yang menyerupai bumi dikenali Misi Kepler, walaupun ia sepatutnya berakhir November depan.

Penulis kanan laman web angkasa lepas NASA Space.com, Mike Wall menyatakan kapal angkasa Kepler dilancarkan pada Mac 2009, akan meneruskan operasinya sekurang-kurangnya hingga tahun kewangan 2016. “Dana tambahan untuk operasi berkenaan dicadangkan kepada jawatankuasa penilaian semula NASA 4 April lalu dan bersetuju untuk meneruskan misi itu,” katanya.
Wall berkata, sejak dilancarkan Kepler berjaya mengesan lebih 2,000 bukti mengenai kewujudan 2,000 planet baru dan perkara ini amat memberangsangkan.
Pengarang Sains akhbar San Francisco Chronicle, David Perlman berkata jawatankuasa bebas saintis yang membuat penilaian ke atas Kepler menyatakan bahawa misi yang dilaksanakan ‘mencapai kejayaan besar’ berikutan pelbagai penemuan baru yang dihasilkannya, termasuk tambahan 2,300 planet baru di dalam sistem suria.
“Kepler berjaya meningkatkan pemahaman kami mengenai planet dan angkasa lepas. Ia sesuatu yang hebat. Tiada misi lain dapat menggantikan atau mengatasi kejayaan Kepler. Ia membantu kita menulis semula mengenai galaksi dan bumi kita,” kata Pengurus Projek Kepler di Pusat Penyelidikan Ames di California dalam satu kenyataan,
Misi Kepler pada awalnya untuk mencari planet yang saiznya hampir sama dengan bumi dan terletak di zon di mana ia boleh dihuni manusia, di dalam sistem suria. – Agensi


0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.