MENANGISLAH DI SINI, SEBELUM MENANGIS DI SANA!!!

By
Advertisement



Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka... Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan... Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia... TIDAK BERKUMPUL DUA PERKARA DALAM SATU MASA... BARANGSIAPA GEMBIRA DI DUNIA AKAN BERDUKACITA DI AKHIRAT... Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat...

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang... Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang... Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan. .. Dari mata yang mengintai setiap kemewahan penuh rakus, mengalirlah air mata kecewa kegagalan... Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan...

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata kerana takutkan ALLAH.".. Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan... Ketawa seorang ulama’ dunia, hilang ilmu dan wibawanya... Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya...
Rasulullah s.a.w. bersabda : "Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.".. Baginda juga pernah bersabda : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."....

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari... Kerana engkau belum tahu, nasibmu di puak kanan atau di puak kiri... Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu selama2nya, bergantung kepada syafaat Rasulullah s.a.w... Tanyalah orang-orang yang soleh, mengapa dia tidak berhibur : "BAGAIMANA HENDAK BERGEMBIRA SEDANGKAN MATI ITU DI BELAKANG KAMI, KUBUR DI HADAPAN KAMI, KIAMAT ITU PASTI DATANG, NERAKA ITU MEMBURU KAMI DAN PERHENTIAN KAMI IALAH ALLAH.".....

MENANGISLAH DI SINI, SEBELUM MENANGIS DI SANA!!!



kopi dan pasta

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.